Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlit Sukan SEA 2019

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) menjumpai bukti penggunaan bahan terlarang dalam beberapa sampel daripada sejumlah 566 yang diuji semasa edisi ke-30 temasya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlit Sukan SEA 2019

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Jul 2020 11:08AM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 11:13AM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) menjumpai bukti penggunaan bahan terlarang dalam beberapa sampel daripada sejumlah 566 yang diuji semasa edisi ke-30 temasya itu.

Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa (21 Jul).

Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Dr SS Cheema berkata sejumlah 475 sampel air kencing dan 91 sampel darah diuji semasa temasya sukan dwitahunan yang berlangsung di Filipina dari 30 Nov hingga 11 Dis tahun lepas.

“Filipina berkata jumlah ujian lebih rendah susulan faktor seperti Taufan Kammuri, yang memaksa penganjur menjadualkan semula tarikh serta menukar venue pertandingan. Dilaporkan bahawa sesetengah daripadanya adalah Atypical Findings (ATF) dan Adverse Analytical Findings (AAF).

“Identiti atlet dan negara tidak didedahkan kerana mereka masih dalam proses memuktamadkan penemuan. Menurut kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA), identiti terbabit perlu dirahsiakan sehingga proses itu selesai,” katanya kepada Bernama.

“Kami berharap mereka akan memuktamadkan proses itu secepat mungkin untuk membolehkan pingat dirampas daripada atlit yang menggunakan dadah dan diserahkan kepada pemenang yang layak. Ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017, kita telah meletakkan duluan dengan menyelesaikan pengurusan hasil dalam tempoh setahun, pertama kali dalam sejarah,” kata Dr Cheema yang juga anggota Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (MOA).

AAF bermaksud laporan makmal yang menerima pentauliahan WADA mengenal pasti kehadiran bahan terlarang (metabolit atau penanda) atau bukti penggunaan kaedah yang dilarang dalam sampel.

ATF pula merujuk kepada laporan makmal yang menerima pentauliahan WADA yang memerlukan siasatan lanjut seperti yang ditetapkan oleh piawai antarabangsa bagi makmal atau dokumen teknikal yang berkaitan sebelum penentuan sesuatu AAF.

PHISGOC turut melaporkan bahawa Sukan SEA 2019 berjalan tanpa sebarang kecederaan utama pada mesyuarat itu yang disusuli pembentangan daripada tuan rumah seterusnya, Vietnam berhubung rancangan perubatan serta anti dopingnya bagi edisi 2021.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sejumlah 799 sampel air kencing dan 32 sampel darah diuji, menyaksikan peningkatan berbanding 600 sampel air kencing yang diuji pada edisi 2015 di Singapura.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan