Images
  • logo fifa
    Gambar fail logo FIFA (Gambar: REUTERS/Arnd Wiegmann)

FIFA umumkan jadual Piala Dunia 2022

DOHA: Satu lagi pertandingan sukan semakin pasti akan diadakan pasca COVID-19.

Malah, pihak penganjur berharap pertandingan bola sepak Piala Dunia 2022 akan menjadi simbol perayaan sejagat yang pertama, membuktikan kejayaan mengatasi pandemik itu.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA mengumumkan jadual pertandingan dunia itu di Qatar, bermula pada 21 November 2022.

Lapan tapak perlawanan bola sepak di Doha akan digunakan dalam tempoh 28 hari pertandingan, berbanding 32 hari dalam Piala Dunia di Rusia yang lalu.

Malah semua stadium yang bakal digunakan berada dalam lingkungan 65 kilometer antara satu sama lain.

Ini bermakna masa perjalanan yang lebih singkat dan lebih mudah untuk para pemain, penyokong dan pihak media.

Semua perlawanan akan diadakan mulai 1.00 tengah hari hingga 10.00 malam, waktu tempatan.

Piala Dunia Qatar 2022 adalah pertandingan bola sepak terakhir melibatkan 32 buah pasukan sebelum ia diluaskan untuk melibatkan 48 negara, mulai 2026.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- Agensi berita/AA/tq

Top