Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA siasat sambutan gol Shaqiri, Xhaka dari Switzerland

FIFA membuka siasatan disiplin ke atas pemain-pemain Switzerland Xherdan Shaqiri dan Granit Xhaka, berhubung cara kedua-duanya menyambut gol dalam perlawanan Piala Dunia Jumaat lalu (23 Jun) di mana pasukan tersebut mengalahkan Serbia 2-1.

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA siasat sambutan gol Shaqiri, Xhaka dari Switzerland

Gerak isyarat Zherdan Shaqiri mirip lambang burung helang di bendera Albania. (Gambar: GONCALO FUENTES/REUTERS)

Diterbitkan : 24 Jun 2018 04:36PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 05:57PM

MOSKO: FIFA membuka siasatan disiplin ke atas pemain-pemain Switzerland Xherdan Shaqiri dan Granit Xhaka, berhubung cara kedua-duanya menyambut gol dalam perlawanan Piala Dunia Jumaat lalu (23 Jun) di mana pasukan tersebut mengalahkan Serbia 2-1.

Kedua-dua pemain yang berbangsa Albania dan berketurunan Kosovar menyambut gol dengan membuat gerak isyarat mirip burung helang pada bendera Albania.

Serbia tidak mengiktiraf kemerdekaan bekas wilayah Kosovo itu yang terdiri daripada 1.8 juta penduduk, kebanyakannya kaum Albania yang merdeka 10 tahun lalu.

Para pemain menafikan bahawa sambutan mereka itu berbaur politik.

"Bagi saya, ia hari yang sangat istimewa," kata Xhaka. "Kemenangan ini adalah buat keluarga saya di Switzerland, Albania dan Kosovo. Gerak isyarat itu untuk semua orang yang menyokong saya; ia bukan ditujukan kepada pihak lawan kami. Ia memang perlawanan yang penuh emosi."

Shaqiri pula berkata: "Ia tiada kaitan dengan politik. Ia hanya berhubung bola sepak." 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan