Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA kekalkan format 32 pasukan bagi Piala Dunia Qatar

Piala Dunia 2022 di Qatar akan ditandingi oleh 32 pasukan dan bukan 48, menurut para penganjur FIFA semalam (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA kekalkan format 32 pasukan bagi Piala Dunia Qatar

Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP

Diterbitkan : 23 May 2019 08:20AM Dikemas Kini : 23 May 2019 08:23AM

MANCHESTER, England: Piala Dunia 2022 di Qatar akan ditandingi oleh 32 pasukan dan bukan 48, menurut para penganjur FIFA semalam (22 Mei).

Presiden FIFA Gianni Infantino sebelum ini mengusulkan untuk meningkatkan jumlah pasukan dan beliau turut menimbangkan idea untuk menambah bilangan tuan rumah bagi pertandingan tersebut.

Namun, pentadbir antarabangsa bagi sukan itu menyatakan dalam satu kenyataan: “Menyusuli proses mengumpul maklum balas dan perundingan yang teliti dan menyeluruh, dengan penyertaan kesemua pihak berkepentingan yang relevan, kami merumuskan bahawa dalam keadaan sekarang, usulan sedemikian tidak boleh dilaksanakan buat masa ini.”

FIFA dan Qatar juga meninjau sama ada terdapat keperluan untuk membuat perubahan pada kemudahan sedia ada untuk menjadi tuan rumah kepada temasya yang lebih besar.

“Analisis bersama, berhubung perkara itu, merumuskan bahawa disebabkan tahap persediaan yang lebih lanjut dan perlunya penilaian terperinci terhadap kesan logistik yang bakal ditanggung tuan rumah, lebih banyak masa diperlukan lantas keputusan tidak boleh dibuat sebelum tarikh akhir pada bulan Jun,” menurut kenyataan FIFA.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk tidak meneruskan usulan tersebut.” 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan