Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA cadang benarkan lima pemain gantian bila saingan bersambung

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mencadangkan untuk membenarkan lima pemain gantian dalam setiap perlawanan apabila saingan kembali bersambung selepas ditangguhkan menyusuli pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA cadang benarkan lima pemain gantian bila saingan bersambung

Logo FIFA. (Gambar: Arnd Wiegmann/Reuters)

Diterbitkan : 28 Apr 2020 09:29AM Dikemas Kini : 28 Apr 2020 09:31AM

LAUSANNE: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mencadangkan untuk membenarkan lima pemain gantian dalam setiap perlawanan apabila saingan kembali bersambung selepas ditangguhkan menyusuli pandemik COVID-19.

Langkah itu bertujuan membantu pemain kekal cergas apabila dijangka berdepan dengan jadual perlawanan yang lebih padat.

Menurut jurucakap FIFA, badan induk bola sepak dunia itu sudah pun menghantar cadangan berkenaan kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) bagi mendapatkan kelulusan sebelum ia boleh dilaksanakan dalam semua saingan liga kebangsaan.

"Apabila saingan kembali bersambung, jadual perlawanan akan menjadi padat dengan lebih banyak perlawanan daripada biasa.

"Keselamatan pemain adalah salah satu keutamaan FIFA. Salah satu kebimbangan kami adalah kemungkinan risiko kecederaan lebih tinggi dengan jadual perlawanan lebih padat," katanya.

Bagi mengatasi keprihatinan itu, FIFA sudah menghantar cadangan kepada IFAB untuk melonggarkan Undang-Undang 3 buat sementara waktu bagi membolehkan lebih ramai pemain gantian dalam satu perlawanan.

Setiap pasukan boleh membuat lima pertukaran pemain dalam tempoh sebenar perlawanan dan ditambah dengan penggantian untuk pemain keenam ketika masa tambahan.

IFAB perlu menilai cadangan itu secepat mungkin memandangkan ada liga yang dijangka bersambung semula pada bulan Mei selepas terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. 

Sumber : AFP/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan