Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA bakal adakan rundingan tentang usulan anjur Piala Dunia 2 tahun sekali

FIFA mengundang semua badan pentadbir bola sepak dalam negeri untuk menghadiri sebuah sidang online pada 30 September bagi membincangkan tentang usulan berkontroversi untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun berbanding empat.

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA bakal adakan rundingan tentang usulan anjur Piala Dunia 2 tahun sekali

Presiden FIFA Gianni Infantino. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 03:12PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 03:13PM

PARIS: FIFA mengundang semua badan pentadbir bola sepak dalam negeri untuk menghadiri sebuah sidang online pada 30 September bagi membincangkan tentang usulan berkontroversi untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun berbanding empat.

Topik itu akan dicincangkan bersama para persatuan anggota FIFA sebagai sebahagian daripada pelan untuk merombak kalender antarabangsa.

"Terdapat kata sepakat umumnya dalam kalangan pihak berkaitan dengan sukan itu bahawa kalender perlawanan antarabangsa seharusnya diperbaharui dan dipertingkat," menurut FIFA dalam satu kenyataan pada Isnin (20 Sep).

"Menyusuli undangan-undangan kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk semua pergabungan, pada awal September, perbincangan akan dianjurkan dalam minggu-minggu mendatang.

"FIFA juga mengundang persatuan-persatuan anggota ke persidangan online pertama pada 30 September 2021. Ini adalah salah satu daripada beberapa peluang untuk mewujudkan perbahasan membina dan terbuka, di peringkat sejagat dan serantau, sepanjang beberapa bulan mendatang."

Usulan untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun dihidupkan semula oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang kini merupakan ketua pembangunan bola sepak global di FIFA.

Gagasannya adalah untuk mengadakan kejohanan antarabangsa setiap tahun mulai 2025-2026, dengan menganjurkan secara bergilir-gilir Piala Dunia dan pertandingan peringkat benua seperti Kejohanan Eropah dan Copa America.

Presiden UEFA Aleksander Caferin berkeras membantah usulan itu dan memberi ancaman bahawa negara-negara Eropah akan memboikot Piala Dunia.

Persekutuan Amerika Selatan, CONMEBOL pula menyatakan projek itu "tiada perwajaran kesukanan".

Presiden FIFA Gianni Infantino sudahpun berjanji akan mengumumkan keputusan mengenai penganjuran Piala Dunia setiap dua tahun itu menjelang hujung tahun ini.

Minggu lalu, FIFA mengeluarkan dapatan tinjuan online yang mendakwa bahawa sebahagian besar penyokong bola sepak menyokong idea Piala Dunia "yang lebih kerap".

Dapatan tinjuan itu jauh berbeza berbanding bantahan kebanyakan kumpulan penyokong di merata dunia. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan