Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Fernandinho dedah semakin hampir lanjutkan kontrak dengan Man City

Beliau yang menyertai City dari pasukan Shaktar Donetsk pada 2013 bakal menamatkan kontrak sedia ada pada penghujung musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Fernandinho dedah semakin hampir lanjutkan kontrak dengan Man City

Pemain Manchester City Fernandinho bersama pengurus, Pep Guardiola. (Gambar: AFP/Oli SCARFF)

Diterbitkan : 09 Jan 2020 10:15AM Dikemas Kini : 09 Jan 2020 10:19AM

MANCHESTER: Bintang pasukan Manchester City, Fernandinho, semakin hampir menandatangani kontrak lanjutan bersama juara bertahan Liga Perdana England (EPL) itu.

Beliau yang menyertai City dari pasukan Shaktar Donetsk pada 2013 bakal menamatkan kontrak sedia ada pada penghujung musim ini.

Pengurus City, Pep Guardiola, secara terbuka meluahkan keinginan untuk mengekalkan Fernandinho di Stadium Etihad.

"Apabila saya memperbaharui kontrak di penghujung 2018, kami meletakkan klausa yang mana sekiranya saya mencapai beberapa sasaran, kontrak saya secara automatik akan dilanjutkan.

"Perbincangan telah bermula, kami berbincang tentangnya bulan lalu. Saya semakin hampir untuk mencapai sasaran itu dan memperbaharui kontrak tetapi kami hanya boleh mengesahkannya selepas menandatangani kontrak baru," kata pemain yang berasal dari Brazil itu.

Fernandinho pada musim ini menyelamatkan City yang sedang bergelut dengan isu kecederaan dengan bermain sebagai pemain pertahanan dalam banyak perlawanan musim ini.

"Pada usia 34 tahun, beraksi dalam Liga Perdana England adalah satu sumber kebanggaan. Ramai pemain yang mahu melalui apa yang saya harungi," kata beliau.

Fernandinho beraksi penuh ketika City menewaskan Manchester United 3-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga, kelmarin (7 Jan) dan dijangka turut membintangi kesebelasan utama dalam kunjungan ke Aston Villa bagi persaingan Liga Perdana England, Ahad ini (12 Jan).

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan