Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Fernandes bantu United kalahkan Liverpool, Chelsea mara ke pusingan seterusnya

Bulan Januari terus suram untuk Liverpool setelah tendangan percuma Bruno Fernandes membantu pasukan Manchester United menang 3-2 dalam pertembungan pusingan keempat Piala FA di Old Trafford pada Ahad (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Fernandes bantu United kalahkan Liverpool, Chelsea mara ke pusingan seterusnya

Piala FA: Bruno Fernandes jaringkan gol kemenangan Manchester United 3-2 ke atas Liverpool pada 24 Jan 2021 (Gambar: REUTERS/Phil Noble)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 09:53AM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 09:56AM

MANCHESTER: Bulan Januari terus suram untuk Liverpool setelah tendangan percuma Bruno Fernandes membantu pasukan Manchester United menang 3-2 dalam pertembungan pusingan keempat Piala FA di Old Trafford pada Ahad (24 Jan).

Pemain dari Portugal itu, yang tampil sebagai pemain gantian, melalui tendangan kaki kanan membolosi penjaga gawang Liverpool, Alisson pada minit ke-78 untuk menempah tempat dalam pusingan 16 terakhir buat pasukannya menentang West Ham United.

Sementara itu Leicester City, yang merupakan pasukan pilihan untuk melangkah jauh, menjaringkan tiga gol pada separuh kedua untuk menang 3-1 di Brentford, sementara Tammy Abraham menjaringkan ketiga-tiga gol yang memberikan Chelsea kemenangan 3-1 ke atas Luton Town di padang bersalji Stamford Bridge untuk mengurangkan sedikit tekanan ke atas Frank Lampard.

Burnley pula mengatasi Fulham 3-0.

Seminggu selepas keputusan 0-0 antara Liverpool dengan United dalam perlawanan Liga Perdana England di Anfield, kedua-dua pasukan mempamerkan serangan bertubi-tubi dalam permainan mereka.

Mohamed Salah menjaringkan kedua-dua gol Liverpool, yang pertama meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-18 sebelum Mason Greenwood menyamakan kedudukan, dan kemudian sekali lagi pada minit ke-58 selepas Marcus Rashford meluaskan jurang untuk mendahului United.

Liverpool yang menunjukkan prestasi lebih baik kelihatan akan menjadi pemenang namun Fernandes menjaminkan kemenangan buat United dengan gol ke-28nya untuk mereka sejak penampilan pertamanya pada Februari lalu.

"Beliau menghabiskan sekitar 45 minit selepas latihan semalam untuk berlatih tendangan percuma, oleh itu saya agak yakin beliau boleh menjaringkan satu gol jika beliau mendapat peluang," kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, yang pasukannya hanya kalah sekali sejak tersingkir dari Liga Juara-Juara pada awal Disember.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan