Images
  • Feng Tianwei
    Feng Tianwei puas hati dengan persembahannya di Piala Dunia Wanita ITTF. (Gambar: ITTF World/Facebook)

Feng Tianwei rangkul pingat gangsa Piala Dunia ITTF

CHENGDU: Feng Tianwei meraih pingat gangsa di Piala Dunia Wanita ITTF di Chengdu, China semalam (20 Okt).

Atlit tenis meja Singapura itu menewaskan Lily Zhang dari Amerika Syarikat 11-6, 11-8, 11-8, 5-11, 15-13 dalam perlawanan bagi merebut tempat ketiga kejohanan tersebut.

Awal sebelum itu, Feng kecundang dalam perlawanan separuh akhir di tangan pemain China, Zhu Yuling.

Zhu menundukkan Feng 11-1, 11-13, 9-11, 11-5, 11-5, 11-5.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya di sini,” kata atlit berusia 33 tahun itu dalam satu wawancara ITTF.

“Sebenarnya, sasaran saya adalah untuk menduduki lapan tangga teratus, namun saya bangga dapat membawa pulang pingat gangsa,” tambahnya.

Feng disenaraikan di tangga ke-12 dunia dan baru-baru ini beliau berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia, Chen Meng di Kejohanan Terbuka Jerman. 

- CNA/SM/sm

Top