Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS tetapkan had usia dalam perubahan musim Liga S

Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) hari ini (18 Dis) mengumumkan beberapa perubahan pada musim Liga S tahun depan dengan memberi penekanan kepada bakat muda.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2017 09:46PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 12:27AM

SINGAPURA: Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) hari ini (18 Dis) mengumumkan beberapa perubahan pada musim Liga S tahun depan dengan memberi penekanan kepada bakat muda.

Presiden FAS, Lim Kia Tong, mengumumkan pelaksanaan had usia pemain dengan tujuan “menambah bilangan pemain muda, di samping menekankan pembangunan keupayaan, penjimatan kos dan budaya cergas."

Dengan itu, semua sembilan kelab Liga S, kecuali Singa Muda, mesti mempunyai sekurang-kurangnya enam pemain tempatan yang berusia di bawah 23 tahun.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka mesti diturunkan dalam setiap perlawanan.

Jika pemain bawah usia 23 tahun itu direhatkan pada separuh masa pertama, dia mesti digantikan dengan pemain bawah 23 tahun.

Setiap kelab juga dihadkan mempunyai dua pemain asing sahaja. Setiap kelab malah dimestikan mempunyai jurulatih kecergasan.

Satu lagi perubahan ialah jadual musim baru Liga S, yang kini akan bermula 31 Mac dan tidak lagi bulan Februari.

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan