Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS, Sport Singapore bincang "semak semula" perlawanan bola sepak di Stadium Yishun

Persatuan Bola Sepak (FAS) hari ini (17 Apr) menyatakan ia sedang "menyemak semula" perlawanan bola sepak yang akan berlangsung di Stadium Yishun pada masa akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
FAS, Sport Singapore bincang "semak semula" perlawanan bola sepak di Stadium Yishun

Petikan gambar Stadium Yishun dari Google Maps.

Diterbitkan : 17 Apr 2018 10:37PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 10:39PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak (FAS) hari ini (17 Apr) menyatakan ia sedang "menyemak semula" perlawanan bola sepak yang akan berlangsung di Stadium Yishun pada masa akan datang.

Ia juga sedang berbincang dengan Sport Singapore untuk "mengendalikannnya dengan lancar".

Dalam kiriman emel kepada Mediacorp, seorang jurucakap menyatakan, FAS pernah mengadakan perlawanan bola sepak, termasuk perlawanan Centre of Excellence, di stadium itu.

Komen-komen yang dibuat oleh Anggota Parlimen GRC Nee Soon Cik Lee Bee Wah semalam (16 Apr), menyanggah laporan oleh laman The Online Citizen yang mendakwa beliau mengarahkan agar lampu Stadium Yishun ditutup, menyebabkan perlawanan antara Kelab Bola Sepak Warriors Bawah 19 tahun dengan Akademi Bola Sepak FAS Bawah 18 tahun pada 10 April lalu digantung pada minit ke-69.

Warriors FC kemudian menyatakan di laman Facebooknya, pada malam yang sama, bahawa perlawanan tersebut digantung disebabkan "lampu tertutup" dan keputusan perlawanan akan diputuskan oleh FAS.

Berbeza dengan penjelasan itu, menurut Ketua ActiveSG Lai Chin Kwan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam (16 Apr), sesi-sesi latihan dan perlawanan yang diadakan di Stadium Yishun biasanya berakhir pada pukul 9.00 malam.

Namun, perlawanan bola sepak pada hari itu berlangsung "berlarutan beberapa minit" melebihi tempoh biasa. Beliau menambah, kakitangan sepatutnya "lebih fleksibel, membolehkan perlawanan ditamatkan".

Encik Lai juga memohon maaf kepada FAS, jurulatih dan pemain atas insiden tersebut.

Seorang pegawai Sport Singapore menyokong semakan semula itu, dengan memberitahu Mediacorp bahawa kedua-dua pihak sedang berunding untuk mencegah insiden serupa daripada berulang lagi.

Beliau menekankan bahawa semua kegiatan di Stadium Yishun berakhir pada pukul 9.00 malam dan pihak penganjur yang menggunakan lokasi itu perlu memastikan kegiatan mereka mematuhi waktu yang ditetapkan.

Meskipun waktu operasi stadium adalah sehingga pukul 10.00 malam, pegawai berkenaan menjelaskan bahawa dua lampu stadium yang menghadap estet perumahan privet berdekatan, The Estuary, akan ditutup sejam lebih awal.

"(Baki lampu yang ada) cukup terang bagi kebanyakan kegiatan yang dijalankan di stadium tersebut, namun mungkin kurang terang bagi perlawanan bola sepak," tambah beliau.

Mediacorp difahamkan, keputusan untuk mematikan dua lampu tersebut lebih awal dibuat selepas sesi dialog antara ActiveSG dengan penduduk The Estuary menyusuli aduan tentang lampu-lampu stadium.

FAS bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen terhadap pertanyaan Mediacorp tentang sama ada ia mengetahui dua lampu ditutup pada pukul 9.00 malam dan jika ia mengetahuinya, mengapa perlawanan bermula pada pukul 7.30 malam kerana mereka sepatutnya tahu perlawanan akan terganggu.

Ia juga tidak memberi komen tentang sama ada kelab-kelab yang bermain di stadium itu mengetahui tentang perkara ini.

Menurut laman FAS, perlawanan seterusnya di Stadium Yishun akan berlangsung pada 24 April antara FFA 18 dengan Hougang United FC U19 dan terdapat tujuh lagi perlawanan yang akan berlangsung sehingga 2 Julai.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan