Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS dedahkan nama 6 pemain bola sepak yang langgar 'curfew' Sukan SEA

Enam pemain bola sepak skuad Sukan SEA Singapura yang melanggar perintah berkurung semasa di Filipina, mungkin dikenakan hukuman "tegas" di atas perbuatan mereka itu, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Jumaat (6 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2019 07:52PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 09:52PM

SINGAPURA: Enam pemain bola sepak skuad Sukan SEA Singapura yang melanggar perintah berkurung semasa di Filipina, mungkin dikenakan hukuman "tegas" di atas perbuatan mereka itu, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Jumaat (6 Dis).

FAS hari ini turut menamakan para pemain itu. Mereka ialah Tajeli Salamat, Joshua Pereira, Zulqarnaen Suzliman, Zharfan Rohaizad, Kenji Rusydi and Lionel Tan. Mereka akan dihadapkan ke panel disiplin jawatankuasa disiplin FAS apabila mereka kembali ke Singapura nanti.

"Mereka didapati melanggar masa 'curfew' semasa melaksanakan tugas negara di Sukan SEA di Manilla," menurut FAS dalam satu kenyataan. "Perbuatan mereka melanggar kod tatalaku yang semua pemain kebangsaan perlu patuhi dan oleh itu, mereka akan dihukum oleh FAS."

"Kecuali ada sebab-sebab munasabah, para pemain itu boleh menjangka akan dikenakan hukuman tegas oleh FAS," menurut pertubuhan itu.

Ketua Jurulatih pasukan Singa Muda, Fandi Ahmad melahirkan rasa kecewanya dengan para pemain tersebut, sambil mengatakan insiden itu "satu tamparan yang tidak perlu bagi pasukan tersebut".

"Saya amat kecewa dengan para pemain itu dan saya sudah pun memberitahu mereka.

Mereka bukan sahaja mewakili Persatuan Bola Sepak Singapura tetapi juga Team Singapore dan sepatutnya tahu nilai bendera yang mereka mewakili," katanya.

Perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan para pemain, memupuk disiplin dan memastikan para pemain mendapat masa rehat yang mencukupi, menurut presiden FAS Lim Kia Tong.

Menyifatkan tindakan mereka sebagai "memalukan" dan "dirancang", Encik Lim menambah bahawa para pemain itu sepatutnya fokus untuk membanggakan Singapura dan bukan memperlekehkan kod tatalaku. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan