Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS arah Warriors FC tidak bertanding dalam Liga Perdana S'pura 2020

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengarahkan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Warrior FC, supaya tidak bertanding dalam musim Liga Perdana Singapura 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
FAS arah Warriors FC tidak bertanding dalam Liga Perdana S'pura 2020

Warriors FC didakwa tidak membayara gaji kakitangan. (Gambar: Warriors Football Club/Facebook)

Diterbitkan : 31 Dec 2019 11:28AM Dikemas Kini : 31 Dec 2019 11:39AM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengarahkan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Warrior FC, supaya tidak bertanding dalam musim Liga Perdana Singapura 2020.

Dalam kenyataan mdia yang dikeluarkan hari ini (31 Dis), FAS menyatakan keputusan itu dibuat "demi kebaikan kelab berkenaan".

Ini menyusuli wawancara Pengerusi Warriors FC, John Lam, dengan akhbar Straits Times di mana beliau berkata kelab itu "menolak" keputusan persatuan tersebut.

Menurut Encik Lam: "Kami menolak keputusan FAS dan meminta agar diadakan mesyuarat tergempar sementara kami mendapatkan nasihat guaman berhubung isu ini.

"Amat mendukacitakan apabila FAS tidak berbincang dengan kami tentang perkara ini dan mendengar pandangan kami sebelum ia membuat keputusan. Kami berharap agar FAS segera menghubungi kami untuk berbincang tentang pengecualian Warriors daripada musim 2020."

Dalam responsnya kepada pertanyaan media, FAS mengesahkan bahawa ia sudah mengirimkan makluman kepada kelab tersebut, mengarahkannya agar tidak bertanding dalam SPL dan Piala Singapura pada musim akan datang.

"KEADAAN KEWANGAN TENAT"

"Keputusan untuk mengarahkan WRFC (Warriors) supaya tidak bertanding dalam musim seterusnya dibuat demi kebaikan kelab itu," menurut FAS.

Ia menambah, "keadaan kewangan tenat" kelab itu bermakna ia tidak boleh memenuhi syarat-syarat pelesenan kelab yang diwajibkan ke atas semua kelab SPL.

"Buat masa ini, WRFC kekal bertanggungjawab atas jumlah hutang yang menggunung terhadap kakitangan/pemain dan penguasa cukai/sosial. Hutang tertunggak ini juga mewujudkan prosiding mahkamah terhadap WRFC. Keadaan ini sudah berlarutan dan jumlahnya masih tinggi. Mungkin ada hutang-piutang lain yang FAS tidak tahu.

"Sehingga hari ini, WRFC belum lagi menunjukkan bahawa ia mampu melunaskan hutang-hutang tertunggak itu sebelum bermula musim SPL 2020."

Semasa tempoh larangan menyertai SPL itu, Warriors perlu menumpukan perhatian kepada usaha menggabungkan sumber-sumbernya dan tidak menambah lagi hutang-piutang tanpa jaminan jalur pendapatan baru, tambah FAS.

FAS menyatakan ia juga sudah berurusan dengan kelab itu sejak "sekurang-kurangnya" September tahun ini.

"Sekalipun demikian, FAS komited untuk membantu kelab itu mengharungi masa-masa sukar ini dan akan terus memberikan bantuan sedaya mungkin," tambahnya.  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan