Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS 'amat kecewa' pemain bola sepak Ben Davis gagal penuhi tuntutan NS

Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) menyatakan pada Isnin (18 Feb) bahawa pihaknya "amat kecewa" bahawa pemain bola sepak Fulham, Benjamin Davis gagal melaksanakan tanggungjawab Perkhidmatan Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
FAS 'amat kecewa' pemain bola sepak Ben Davis gagal penuhi tuntutan NS

Pemain bola sepak Ben Davis. (Gambar fail: TODAY/Nuria Ling)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 12:31PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 12:34PM

SINGAPURA: Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) menyatakan pada Isnin (18 Feb) bahawa pihaknya "amat kecewa" bahawa pemain bola sepak Fulham, Benjamin Davis gagal melaksanakan tanggungjawab Perkhidmatan Negara.

"Ia tindakan amat tidak bertanggungjawab di pihak Davis dan memungkiri janjinya (dan bapanya) kepada FAS bahawa Encik Davis akan memenuhi komitmen NS dan bermain untuk pasukan kebangsaan Singapura," menurut seorang jurucakap untuk FAS.

Persatuan itu menyatakan demikian dalam satu respons kepada pertanyaan Mediacorp mengenai pengumuman Kementerian Pertahanan pada Isnin bahawa Davis gagal melaporkan diri untuk NS seperti yang diwajibkan. FAS sebelum ini menyokong permohonan pemain bola sepak itu untuk menangguhkan NS.

MINDEF menyatakan bahawa Davis kini tinggal di luar negara tanpa permit keluar yang sah setelah gagal melaporkan diri untuk NS dan memberi amaran bahawa dia boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 dan dijatuhi hukuman penjara maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan.

Davis, 18 tahun, menandatangani kontrak dua tahun dengan pasukan Liga Perdana Inggeris Fulham pada Julai lalu, tetapi permohonannya untuk menangguhkan NS gagal.

MINDEF menyatakan bahawa pihaknya menolak permohonan Davis untuk menangguhkan NS kerana langkah Davis menandatangani kontrak dengan Fulham "tidak berbeza daripada para bakal anggota NS lain yang mengejar cita-cita peribadi mereka seperti pengajian universiti atau bekerja di bidang profesional lain".

FAS menyokong permohonan Davis menangguhkan NS, menurut satu kenyataan Julai lalu, dan berharap akan "meyakinkan MINDEF berdasarkan merit permohonan".

Pada Isnin, FAS menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah diberitahu bahawa Davis akan mengelak daripada menjalani NS.

Bapa Davis, Encik Harvey Davis enggan memberi sebarang komen.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan