Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAM anjur pertandingan bola sepak dalam talian

Hadiah wang tunai bernilai RM1,000 (S$328) selain peluang beraksi dalam kejohanan sukan elektronik (Esports) antarabangsa menjadi daya tarikan edisi sulung Kejohanan Malaysia National eChallenge yang berlangsung selama sehari esok (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
FAM anjur pertandingan bola sepak dalam talian

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Apr 2020 04:02PM Dikemas Kini : 16 Apr 2020 04:05PM

KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai bernilai RM1,000 (S$328) selain peluang beraksi dalam kejohanan sukan elektronik (Esports) antarabangsa menjadi daya tarikan edisi sulung Kejohanan Malaysia National eChallenge yang berlangsung selama sehari esok (17 Apr).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran terkini dalam laman Facebooknya memaklumkan, kejohanan sukan elektronik dalam talian FIFA20 itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL) dan GamesBond, selain disokong oleh Esports Malaysia (ESM).

FAM menjelaskan bahawa juara kejohanan berkenaan akan berganding bersama seorang pemain bola sepak kebangsaan bagi mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan Elektronik Antarabangsa, iaitu FIFA eNations Stay & Play Cup yang bakal diadakan pada 21 April ini.

Badan induk itu turut mendedahkan kejohanan berkenaan terpaksa dilangsungkan dari kediaman masing-masing memandangkan seluruh dunia sedang berdepan pandemik COVID-19, selain kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang penyertaan dalam laman sesawang kejohanan https://bit.ly/2XF9AxI.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan