Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Fabinho akan sertai Liverpool

Pemain tengah Monaco, Fabinho, akan menyertai Liverpool selepas Piala Dunia di Rusia kelak, demikian diumumkan kelab Liga Perancis itu semalam (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Fabinho akan sertai Liverpool

Pemain tengah Monaco, Fabinho. (Gambar: PATRIL STOLLARZ/AFP)

Diterbitkan : 29 May 2018 08:34AM Dikemas Kini : 29 May 2018 08:39AM

PARIS: Pemain tengah Monaco, Fabinho, akan menyertai Liverpool selepas Piala Dunia di Rusia kelak, demikian diumumkan kelab Liga Perancis itu semalam (28 Mei).

Fabinho, 24 tahun, yang asal Brazil itu pada hujung tahun lalu, bersetuju untuk terus bermain di kelab yang memenangi liga tersebut buat satu lagi musim.

Namun, perjanjian kini sudahpun dicapai dengan Liverpool yang akan menyaksikan Fabinho menyertai The Reds selepas termasya di Rusia pada Jun ini.

Tiada sebarang maklumat tentang harga yang dipersetujui tetapi sesetengah laporan mendakwa bahawa perjanjian itu melebihi £44 juta (S$69 juta).

“AS Monaco sudahpun mencapai persetujuan dengan Liverpool bagi Fabinho berpindah ke kelab Inggeris itu pada 1 Julai,” demikian menurut kenyataan di laman AS Monaco, www.asmonaco.com.

Lazimnya dikerah sebagai pemain pertahanan, Fabinho berjaya menjaringkan 31 gol dalam 233 penampilan di Monaco sejak menyertai kelab tersebut dari Real Madrid pada 2013. Kelab itu turut memenangi liga Perancis tahun lalu. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan