Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Vettel yakin akan tewaskan Hamilton di S'pura

Sebastian Vettel semakin tertekan untuk merapatkan jurang antara beliau dengan Lewis Hamilton menjelang Perlumbaan F1 Grand Prix Singapura pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Vettel yakin akan tewaskan Hamilton di S'pura

Gambar fail Sebastian Vettel (kiri) berdiri bersebelahan Lewis Hamilton (kanan) dalam salah satu perlumbaan baru-baru ini. (Gambar: John Thys/AFP)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 06:55PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 07:00PM

SINGAPURA: Sebastian Vettel semakin tertekan untuk merapatkan jurang antara beliau dengan Lewis Hamilton menjelang Perlumbaan F1 Grand Prix Singapura pada hujung minggu ini.

Pelumba Mercedes Lewis Hamilton yang biasanya kurang selesa dengan Litar Perlumbaan Marina Bay yang disifatkan ramai sebagai antara litar paling mencabar di dunia memenangi perlumbaan tahun lalu meskipun memulakan perlumbaan dari petak kelima.

Vettel dan pasukannya Ferrari turut menggigit jari selepas Hamilton menjuarai Grand Prix Itali di Monza 10 hari yang lalu. Ini meskipun Ferrari memulakan perlumbaan di petak pertama.

Dengan kemenangan di Itali, Hamilton kini mendahului senarai pelumba F1 dengan kelebihan 30 mata sejauh ini dan pelumba dari Jerman itu berikrar akan menewaskan Hamilton di Singapura di mana beliau pernah memenangi perlumbaan di sini sebanyak empat kali.

"Ia memang sesuatu yang mengecewakan buat masa ini," kata Vettel sejurus selepas menamatkan perlumbaan minggu ini. "Saya kini menumpukan perhatian kepada perlumbaan di Singapura - saya suka Singapura dan saya tidak sabar untuk berlumba di sana."

Pengurus pasukan Mercedes Toto Wolff memberi amaran pada awal minggu ini bahawa Ferrari dan Red Bull mungkin mempunyai kelebihan untuk mengatasi Mercedes di Litar Perlumbaan Marina Bay. Namun, dengan hujan diramalkan pada hujung minggu ini, beliau optimis dengan peluang Mercedes.

"Litar perlumbaan di Singapura memang mencabar dan kami pernah mengalami masalah di sana," kata Wolff.

"Litar Perlumbaan Marina Bay dengan ciri-cirinya yang mencabar memang menimbulkan banyak masalah kepada pelumba-pelumba kami."

"Atas kertas, litar di Singapura lebih memihak kepada Ferrari, tetapi persaingan begitu sengit sekarang," ujar Wolff.

Vettel pula bertegas bahawa beliau tidak gentar dengan jurang 30 mata yang bakal memisahkan beliau dengan Hamilton.

Dengan tinggal hanya tujuh perlumbaan sebelum musim berakhir, Vettel yakin akan dapat memenangi perlumbaan seterusnya, bermula dengan perlumbaan di Singapura pada hujung minggu ini.

Sumber : AFP/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan