Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Vettel tamatkan kemarau kemenangan dengan menjuarai Grand Prix S'pura

Pelumba Ferrari Sebastian Vettel menamatkan penantian selama setahun tanpa kemenangan, dengan menjuarai Grand Prix Singapura pada Ahad (22 Sep), mencatatkan rekod kemenangan beliau yang kelima di litar tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Vettel tamatkan kemarau kemenangan dengan menjuarai Grand Prix S'pura

Pelumba Ferrari Sebastian Vettel (kanan) meraikan kemenangan di litar Grand Prix S'pura pada 22 Sep 2019 (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 08:22AM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 08:25AM

SINGAPURA: Pelumba Ferrari Sebastian Vettel menamatkan penantian selama setahun tanpa kemenangan, dengan menjuarai Grand Prix Singapura pada Ahad (22 Sep), mencatatkan rekod kemenangan beliau yang kelima di litar tersebut.

Kejayaan pelumba dari Jerman itu adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Ferrari musim ini.

Juara dunia empat kali itu, yang kali terakhir mencatat kemenangan di Belgium pada Ogos 2018, menamatkan perlumbaan 2.641 saat lebih pantas daripada Charles Leclerc yang bermula dari petak pertama dalam perlumbaan ini.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen, 21 tahun, menduduki tempat ketiga dengan kereta keselamatan terpaksa dikerah sebanyak tiga kali.

Pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton, menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Meskipun demikian beliau meluaskan jurang dengan pelumba sepasukan dari Mercedes, Valtteri Bottas kepada 65 mata, selepas pelumba dari Finland itu mengambil tempat kelima.

LECLERC TIDAK PUAS HATI

Pasukan Ferrari ternyata gembira kerana meraih tempat pertama dan kedua kerana tidak menjangkakan akan mendapat kedudukan podium.

Bagaimanapun Leclerc tidak berpuas hati dengan strategi perhentian pit yang memusnahkan harapannya pada malam itu untuk mencatat 'hat-trick' atau tiga kemenangan berturut-turut, setelah memenangi perlumbaan di Belgium dan Itali sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan