Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Verstappen raih kemenangan di Mexico City

Pelumba Red Bull, Max Verstappen meraikan kemenangan di Grand Prix Mexico City pada Ahad (7 Nov), sekaligus meluaskan jurang kepada 19 mata di hadapan Lewis Hamilton dalam kejuaraan Formula One dengan baki empat perlumbaan.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Verstappen raih kemenangan di Mexico City

Pelumba Red Bull Max Verstappen raikan kemenangan di Grand Prix Mexico City pada 7 Nov 2021 (Gambar: PEDRO PARDO/AFP)

Diterbitkan : 08 Nov 2021 09:06AM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 09:11AM

REUTERS: Pelumba Red Bull, Max Verstappen meraikan kemenangan di Grand Prix Mexico City pada Ahad (7 Nov), sekaligus meluaskan jurang kepada 19 mata di hadapan Lewis Hamilton dalam kejuaraan Formula One dengan baki empat perlumbaan.

Juara dunia sebanyak tujuh kali, Hamilton, berada di tempat kedua untuk Mercedes, menghalang pelumba Red Bull, Sergio Perez yang menjadi pelumba Mexico pertama berdiri di podium di negaranya sendiri di litar Autodromo Hermanos Rodriguez.

Red Bull merapatkan jurang dengan juara bertahan Mercedes dalam kedudukan pasukan kepada satu mata.

“Perjalanan masih jauh tetapi ia tentunya kelihatan baik, tetapi keadaan juga boleh berubah dengan cepat,” kata Verstappen, 24 tahun, mengenai langkah besarnya untuk semakin menghampiri gelaran kejuaraan.

Verstappen melepasi garisan penamat pada 16.555 saat di hadapan Hamilton sekali gus mencatat kemenangan kesembilannya musim ini, ketiga di Mexico dan ke-19 dalam kerjayanya.

Bermula di petak permulaan ketiga, pelumba Belanda itu memecut ke kedudukan pertama setelah selekoh pertama, yang ternyata menjadi detik penentu perlumbaan.

"Saya kekal di dalam litar, datang dari (kedudukan) ketiga ke pertama dan itu pada dasarnya yang menentukan perlumbaan saya kerana saya dapat memberi tumpuan kepada perlumbaan kerana kereta lumba saya berupaya mengekalkan kelajuannya sepanjang perlumbaan," katanya.

Hamilton, pemandu paling berjaya sepanjang zaman dengan 100 kemenangan dalam kerjayanya, berkata beliau sudah memberikan segala-galanya selepas dikejar rapat oleh Perez sepanjang 10 pusingan terakhir.

"Saya rasa saya sudah memberi yang terbaik dengan apa yang saya ada," kata warga Britain itu.

"Kami mempunyai empat lagi perlumbaan dan kami hanya perlu terus bekerja keras."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan