Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Raikkonen bangkit kembali selepas lebih 5 tahun

Kimi Raikkonen meraih kemenangan pertama sejak 2013 dengan muncul juara di Grand Prix Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 07:29PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:05PM

AUSTIN: Kimi Raikkonen meraih kemenangan pertama sejak 2013 dengan muncul juara di Grand Prix Amerika.

Perkembangan ini memaksa pelumba Mercedes Lewis Hamilton, menunggu sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum dapat mengesahkan kejuaraan keseluruhan F1.

Hamilton pada mulanya berharap dapat meraikan kejuaraan kelima keseluruhan dan menyamai kejayaan pelumba Argentina Juan Manuel Fangio.

Hamilton sudahpun berada 67 mata di hadapan pencabar terdekat Sebastian Vettel dan berada dalam kedudukan baik untuk merangkul satu lagi kejuaraan di Amerika.

Namun Raikkonen berjaya memintas Hamilton dalam pusingan pertama untuk mendahului para pelumba lain sehingga ke garisan penamat.

Raikkonen akhirnya menamatkan perlumbaan 1.3 saat di hadapan Max Verstappen yang memulakan perlumbaan di petak ke-18.

Hamilton hanya mampu menduduki tempat ketiga selepas gagal memintas para pelumba di hadapannya.

Vettel pula terus memberikan tekanan dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan