Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1 mungkin dilanjut hingga Januari

Formula One boleh memendekkan perlumbaan grand prix pada hujung minggu dan dilanjutkan sehingga bulan Januari tahun depan sekiranya ia dapat membantu menyelamatkan musim perlumbaan yang terjejas akibat virus COVID-19, menurut ketua pasukan Ferrari Mattia Binotto.

Anggaran Waktu Membaca:
F1 mungkin dilanjut hingga Januari

Gambar fail Formula One F1 semasa ujian pra-musim di Barcelona, Sepanyol, pada 28 Feb 2020. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 29 Mar 2020 02:20PM Dikemas Kini : 29 Mar 2020 02:29PM

LONDON: Formula One boleh memendekkan perlumbaan grand prix pada hujung minggu dan dilanjutkan sehingga bulan Januari tahun depan sekiranya ia dapat membantu menyelamatkan musim perlumbaan yang terjejas akibat virus COVID-19, menurut ketua pasukan Ferrari Mattia Binotto.

Perlumbaan pembuka tirai di Australia pada 15 Mac dibatalkan dan Grand Prix Monaco pada bulan Mei juga dibatalkan buat pertama sekali sejak 1954.

Lagi enam saingan perlumbaan juga ditunda, dan banyak lagi akan ditangguhkan sedang negara-negara mengenakan sekatan menyeluruh namun ketua-ketua Formula One berkata mereka berharap dapat kembali mengikut jadual pada musim panas Eropah dengan musim yang dipendekkan kepada 15 hingga 18 perlumbaan.

Encik Binotto memberitahu Sky Sports Italia bahawa setiap pasukan memberi kuasa kebebasan kepada Formula One untuk melakukan yang sepatutnya bagi menganjurkan satu kejohanan.

"Kita sentiasa berbincang ," kata beliau. "Saya rasa, bersama ketua-ketua pasukan lain, bahawa ini adalah waktu yang genting."

"Kamu membuat keputusan untuk memberi kebebasan sepenuhnya kepada Carey (Pengerusi Formula One) dan FIA untuk menyusun secepat mungkin satu jadual untuk bersaing semula, pihak kami bersedia."

"Kami sedang menilai pelbagai idea; jarak perlumbaan yang lebih dekat, mungkin mengadakan dua atau tiga perlumbaan pada bulan Januari (2021), mempertimbangkan pilihan untuk membatalkan pusingan latihan (pada Jumaat)."

Formula One memerlukan sekurang-kurangnya lapan saingan perlumbaan untuk menjadikannya kejohanan yang sah dan musim 2020 kini akan tamat di Abu Dhabi pada 29 November.

Sukan itu sering rehat sebelum pelancaran dan ujian sebelum musim pada bulan Februari namun, kereta-kereta kini akan kekal tidak berubah pada 2021 akibat perubahan peraturan yang ditunda setahun untuk menjimatkan wang.

Kejohanan 2020 pada asalnya akan merangkumi rekod 22 perlumbaan, dengan pemandy Mercedes Lewis Hamilton berharap untuk menyamakan kedudukan pelumba Michael Schumacher dengan tujuh kejohanan dan melepasi 91 kemenangan bagi Ferrari, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelumnya. Hamilton setakat ini mempunyai 84 kemenangan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan