Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Lewis Hamilton positif COVID-19, terpaksa lupakan Grand Prix Sakhir

Juara Formula One, Lewis Hamilton disahkan positif COVID-19 dan tidak akan menyertai kejohanan Grand Prix Sakhir yang akan berlangsung hujung minggu ini di Bahrain, kata badan penganjur FIA pada Selasa (1 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Lewis Hamilton positif COVID-19, terpaksa lupakan Grand Prix Sakhir

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 04:58PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 05:01PM

MANAMA: Juara Formula One, Lewis Hamilton disahkan positif COVID-19 dan tidak akan menyertai kejohanan Grand Prix Sakhir yang akan berlangsung hujung minggu ini di Bahrain, kata badan penganjur FIA pada Selasa (1 Dis).

Hamilton yang menang Grand Prix Bahrain, pada Ahad dalam perlumbaan berturut-turut pertama di negara Teluk itu, sudah memperoleh kejuaraan dunia ketujuh yang setara dengan rekod musim ini.

"Selain daripada mengalami gejala ringan, dia sihat dan dalam keadaan baik," kata pasukan Mercedes menerusi kenyataan di Twitter.

"Lewis diuji tiga kali minggu lalu dan disahkan negatif setiap kali, yang terakhir adalah pada petang Ahad di Litar Antarabangsa Bahrain sebagai sebahagian daripada program ujian biasa," kata juara F1 itu dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun dia bangun pada pagi Isnin dengan gejala ringan dan diberitahu pada masa yang sama bahawa seorang kontak rapatnya diuji positif.

"Oleh itu Lewis mengambil lagi ujian dan disahkan positif."

Warga Britain berusia 35 tahun itu mengasingkan diri mengikut garis panduan kesihatan tempatan, kata pasukan itu, dengan pemandu pengganti akan diumumkan. 

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan