Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Hamilton raih kemenangan ke-100 di Grand Prix Rusia

Lewis Hamilton menjadi pemandu Formula One(F1) pertama memenangi 100 perlumbaan dengan kejayaannya di Grand Prix Rusia pada Ahad (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Hamilton raih kemenangan ke-100 di Grand Prix Rusia

Lewis Hamilton catat kemenangan perlumbaannya ke-100 di GP Sochi, Rusia pada 26 Sep 2021 (Gambar: REUTERS/Anton Vaganov)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 10:21PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 10:32PM

REUTERS: Lewis Hamilton menjadi pemandu Formula One (F1) pertama memenangi 100 perlumbaan dengan kejayaannya di Grand Prix Rusia pada Ahad (26 Sep).

Kemenangannya itu sekali gus meletakkan Hamilton kembali di tangga teratas kejuaraan musim ini.

Max Verstappen dari Red Bull menduduki tempat kedua setelah memulakan perlumbaan dari petak terakhir. Beliau kini hanya dua mata di belakang Hamilton.

Pelumba warga Sepanyol, Carlos Sainz dari pasukan Ferrari, menduduki tempat ketiga.

Sedang juara dunia tujuh kali itu meraikan kejayaan peribadinya, pasukan Hamilton, Mercedes juga mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus di litar Sochi. Pasukan itu memenangi setiap grand prix Rusia sejak ia bermula pada 2014.

Formula 2021 berikutnya berlangsung di Istanbul Park pada 8-10 Oktober. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan