Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: GP Britain mungkin diteruskan meskipun dengan sekatan kuarantin

Formula One sedang berusaha untuk menganjurkan Grand Prix Britain pada Julai meskipun negara itu mengenakan langkah kuarantin ke atas pengunjung semasa krisis COVID-19, menurut sumber-sumber F1 pada Ahad (10 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
F1: GP Britain mungkin diteruskan meskipun dengan sekatan kuarantin

Gambar fail litar F1 di Grand Prix Britain pada 2019 (Gambar: Reuters/John Sibley)

Diterbitkan : 11 May 2020 09:39AM Dikemas Kini : 11 May 2020 09:43AM

LONDON: Formula One sedang berusaha untuk menganjurkan Grand Prix Britain pada Julai meskipun negara itu mengenakan langkah kuarantin ke atas pengunjung semasa krisis COVID-19, menurut sumber-sumber F1 pada Ahad (10 Mei).

Akhbar The Sun memetik sumber kerajaan yang berkata pengecualian akan dibuat untuk sukan, dengan pasukan F1 dan bola sepak bebas melakukan perjalanan dari Britain dan kembali tanpa sekatan sebaik sahaja pertandingan disambung semula.

Para atlit dan pasukan dikatakan perlu menjalani rejim ujian yang ketat dan mengasingkan diri dengan segera jika mereka diuji positif COVID-19.

Sumber-sumber F1 memberitahu Reuters bahawa perbincangan dengan kerajaan sedang berlangsung.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata dalam satu perutusan yang disiarkan ke seluruh negara itu pada Ahad bahawa "akan tiba masanya tidak lama lagi ... untuk mengenakan kuarantin ke atas orang-orang yang masuk ke negara ini melalui jalan udara".

Sebuah persatuan yang mewakili syarikat-syarikat penerbangan UK menyatakan bahawa kerajaan merancang tempoh kuarantin 14 hari bagi kebanyakan orang yang tiba dari luar negara untuk cuba menghindari gelombang kedua penularan COVID-19.

Manchester City dan Chelsea masih kekal dalam Liga Juara-Juara, yang telah digantung sejak Mac pada peringkat 16 pasukan terakhir, dan perlu mendapatkan pengecualian untuk meneruskan pertandingan.

Kuarantin juga mempunyai kesan besar terhadap F1, dengan Grand Prix Britain di Silverstone dijadualkan pada 19 Julai iaitu hujung minggu selepas pasukan-pasukan menyelesaikan acara berkembar yang dijadualkan di Austria pada 5 dan 12 Julai.

Perlumbaan itu akan menandakan ulang tahun ke-70 F1 di litar Inggeris yang menjadi tuan rumah perlumbaan kejuaraan dunia pertama pada 1950.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan