Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Ferrari diberi amaran atas pelanggaran protokol COVID-19

Badan pentadbir sukan Formula One (F1) memberi amaran kepada pasukan Ferrari berhubung risiko melanggar protokol COVID-19 sukan dan melindungi jarak selamat. Pemandu Ferrari Charles Leclerc dan Sebastian Vettel dilihat bergaul dengan orang di luar kumpulan pasukan masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Ferrari diberi amaran atas pelanggaran protokol COVID-19

Gambar fail pelumba Ferrari Sebastian Vettel dan pasukannya pada 2019 di litar S'pura (Gambar: REUTERS/Feline Lim)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 09:31PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 09:49PM

SPIELBERG: Badan pentadbir sukan Formula One (F1) memberi amaran kepada pasukan Ferrari berhubung risiko melanggar protokol COVID-19 sukan dan melindungi jarak selamat.

Pemandu Ferrari Charles Leclerc dan Sebastian Vettel dilihat bergaul dengan orang di luar kumpulan pasukan masing-masing.

Leclerc pulang ke rumahnya di Monaco setelah berjaya meraih tempat kedua di Grand Prix Austria Ahad lalu sementara Vettel dilihat dalam satu rakaman di televisyen berbual dengan ketua Red Bull, tanpa pelitup , di kawasan litar Red Bull Ring.

"Ferrari diberi peringatan dan amaran bahawa sebarang pelanggaran lagi kod tatalaku COVID-19 akan dirujuk kepada pegawai," menurut seorang jurucakap FIA.

Beliau menambah amaran itu adalah mengenai mematuhi sistem pasukan dan perlunya menjaga jarak selamat dan bukan mengenai pergerakan perjalanan Leclerc.

Kod COVID-19 FIA menetapkan sebarang waktu di luar tempat tertutup "harus diluangkan bersama anggota pasukan kumpulan sama, dengan interaksi bersama individu luar kumpulan itu dihadkan."

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas, yang menang Ahad lalu, juga pulang ke Monaco selepas perlumbaan pembukaan namun kekal berada dalam lingkungan keselamatannya dengan hanya bertemu mereka yang berada dalam kumpulan sedia ada - teman wanita dan pelatihnya.

Beberapa ketua pasukan juga meninggalkan gelanggang Red Bull, termasuk CEO McLaren Zak Brown.

"Zak terpaksa terbang pulang atas keperluan perniagaan namun beliau mematuhi semua langkah yang diperlukan yang berkaitan dengan jarak selamat dan mengasingkan dirinya ... Saya tidak melihat risiko keselamatan," menurut ketua pasukan McLaren Andreas Seidl.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan