Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1 batal sesi latihan, ujian pada Sabtu akibat Taufan Hagibis

Para penganjur Formula One Grand Prix sudah membatalkan semua sesi latihan dan kelayakan yang dijadualkan untuk hari Sabtu disebabkan Taufan Hagibis yang bakal melanda.

Anggaran Waktu Membaca:
F1 batal sesi latihan, ujian pada Sabtu akibat Taufan Hagibis

(Gambar: Martin BUREAU/AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 12:41PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 12:48PM

SUZUKA: Para penganjur Formula One Grand Prix sudah membatalkan semua sesi latihan dan kelayakan yang dijadualkan untuk hari Sabtu disebabkan Taufan Hagibis yang bakal melanda.

Sesi ujian itu pada asalnya diadakan pada Sabtu (0600 GMT). Sesi selama sejam itu yang menentukan kedudukan grid bagi perlumbaan kini akan diadakan pada pukul 10.00 pagi (0100 GMT) pada Ahad, menurut jadual baru yang dikeluarkan pihak penganjur.

Sesi latihan akhir, yang lazimnya diadakan sebelum sesi ujian, tidak akan diadakan.

Perlumbaan itu akan diteruskan mengikut jadual pada pukul 2.10 petang (0510 GMT) pada Ahad.

Badan induk Formula One, FIA, menyatakan bahawa pihaknya bersetuju dengan keputusan yang diambil para penganjur perlawanan dan Persekutuan Kereta Jepun (JAF).

Litaran itu akan ditutup kepada orang awam dan pihak media pada Sabtu, tambahnya.

Taufan Hagibis, yang dikategorikan sebagai 'taufan dahsyat' dijangkan antara yang paling dahsyat akan melanda wilayah itu sejak beberapa tahun ini dan dijangka membadai kawasan Tokyo hujung minggu ini.

Dua perlawanan Piala Dunia sukan ragbi sudahkan dibatalkan akibat taufan itu. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan