Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1 bakal lancar rancangan siaran langsung di Twitter

 Formula One akan melancarkan sebuah rancangan siaran langsung di Twitter mulai Perlumbaan Grand Prix Sepanyol di Barcelona minggu depan, dengan melibatkan juara dunia 2016 yang sudah bersara, Nico Rosberg, menurut siri perlumbaan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
F1 bakal lancar rancangan siaran langsung di Twitter

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 01 May 2018 01:21PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 09:10AM

LONDON: Formula One akan melancarkan sebuah rancangan siaran langsung di Twitter mulai Perlumbaan Grand Prix Sepanyol di Barcelona minggu depan, dengan melibatkan juara dunia 2016 yang sudah bersara, Nico Rosberg, menurut siri perlumbaan itu.

Para pengikut akaun @F1 dari seluruh dunia boleh menyaksikan wawancara bersama para pelumba, pengurus pasukan dan pemain utama di Circuit de Catalunya, demikian didedahkan Formula One dalam kenyataannya semalam (30 Apr).

Rancangan yang akan dihoskan oleh pengulas Britain, Will Buxton, juga akan disiarkan selepas sembilan perlumbaan seterusnya dan bakal menampilkan ahli panel termasuk Rosberg, bekas rakan sepasukan juara bertahan, Lewis Hamilton.

Formula One milik Liberty Media sedang berusaha untuk meningkatkan profil digital sukan tersebut menyatakan bahawa kerjasama dengan Twitter Inc menjangkaui lesen eksklusif yang diberikan kepada syarikat media sosial itu bagi rancangan F1 berkenaan.

“Bagi kesemua Grand Prix akan datang, sorotan selepas perlumbaan akan diedarkan menerusi klip video Twitter sekaligus memberi para peminat pelbagai sorotan dari litar perlumbaan dan para pengiklan pula berpeluang untuk mendampingi para peminat,” menurut F1.

Buat masa ini, @F1 mempunyai 3.63 juta pengikut di Twitter. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan