Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Extreme E: Pasukan Hamilton X44 mendahului Rosberg dalam pusingan kelayakan

Pasukan Lewis Hamilton X44 mengatasi pasukan bekas pesaingnya dalam Formula One, Nico Rosberg X Racing, dalam pusingan kelayakan perlumbaan pertama Formula E SUV di luar litar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Extreme E: Pasukan Hamilton X44 mendahului Rosberg dalam pusingan kelayakan
Diterbitkan : 04 Apr 2021 04:50PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 04:53PM

ARAB SAUDI: Pasukan Lewis Hamilton X44 mengatasi pasukan bekas pesaingnya dalam Formula One, Nico Rosberg X Racing, dalam pusingan kelayakan perlumbaan pertama Formula E SUV di luar litar.

Ia adalah perlumbaan sulung Extreme E yang diadakan di Arab Saudi.

Juara sembilan kali perlumbaan rali dunia, Sebastien Loeb dan rakan sepasukannya Cristina Gutierrez, dari X44, berada di hadapan pasukan-pasukan lain dalam perlumbaan di Al Ula.

Dalam perlumbaan itu, setiap pasukan mempunyai hanya satu kereta lumba dengan para pelumba lelaki dan wanita menyempurnakan hanya satu pusingan sejauh 8.8 kilometer.

Akhirnya, hanya enam daripada sembilan pasukan yang bertanding, melayakkan diri ke pusingan kedua.

Pusingan akhir bakal diadakan, lewat hari ini (4 Apr).

Perlumbaan Extreme E bertujuan mengenengahkan isu perubahan iklim selain menggalakkan amalan lebih mesra alam dengan perlumbaan bakal diadakan di tapak-tapak terpencil yang terjejas oleh masalah pemanasan suhu bumi dan kemusnahan alam sekitar.

Antara lima tapak yang terpilih termasuk kawasan Artik dan Amazon. 

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan