Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Everton benam Man Utd 4-0; jejas impian Red Devils layak ke Liga Juara-Juara UEFA

Everton berpesta gol di padang sendiri setelah mengalahkan Manchester United 4-0 pada Ahad (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Everton benam Man Utd 4-0; jejas impian Red Devils layak ke Liga Juara-Juara UEFA

Everton kalahkan Man United 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana England pada 21 Apr (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 08:07AM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 08:09AM

LIVERPOOL: Everton berpesta gol di padang sendiri setelah mengalahkan Manchester United 4-0 pada Ahad (21 Apr).

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer kekal di tempat keenam liga.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, jaringan gol tuan rumah oleh Richarlison, Gylfi Sigurdsson, Lucas Digne dan Theo Walcott adalah yang paling teruk dialami United sejak mereka kalah di tangan Chelsea dengan perbezaan gol yang sama.

Richarlison menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-13.

Gylfi Sigurdsson menyusul dengan rembatan dari jarak jauh untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-28.

Harapan Manchester United untuk bangkit pada separuh masa kedua musnah selepas Lucas Digne dan Theo Walcott menambah jaringan pada minit ke-56 dan 64.

Kekalahan di Goodison Park adalah yang keenam dialami Red Devils dalam lapan perlawanan, sekaligus memberi tamparan terhadap harapan mereka untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Bagi Everton, yang pada bulan lalu gagal mengatasi 'enam pasukan unggul', perlawanan pada Ahad merupakan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Chelsea, Arsenal dan United di padang sendiri tanpa menyerahkan sebarang gol kepada pihak lawan.

Sumber : AFP/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan