Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Euro 2020: Switzerland buat kejutan singkirkan juara Piala Dunia, Perancis

Switzerland menyingkirkan juara dunia, Perancis di Euro 2020 selepas mencatat kemenangan 5-4 menerusi tendangan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam perlawanan pada Isnin (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Euro 2020: Switzerland buat kejutan singkirkan juara Piala Dunia, Perancis

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 29 Jun 2021 09:55AM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 09:57AM

BUCHAREST: Switzerland menyingkirkan juara dunia, Perancis di Euro 2020 selepas mencatat kemenangan 5-4 menerusi tendangan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam perlawanan pada Isnin (28 Jun).

Keputusan berkenaan menyaksikan Switzerland mara ke suku akhir.

Awal perlawanan seperti memihak kepada Perancis berdasarkan mutu serta barisan pemain yang turun beraksi buat skuad kendalian Didier Deschamps itu.

Switzerland yang pertama menguasai perlawanan apabila Haris Seferovic menjaringkan gol pada minit ke-15.

Perancis menemui rentak apabila Hugo Lloris menepis keluar sepakan penalti Ricardo Rodriguez, sekaligus menyuntik semangat mereka apabila berjaya menyumbat dua jaringan pantas menerusi Karim Benzema pada minit ke-57 dan 59.

15 minit sebelum perlawanan tamat, Paul Pogba merembat masuk gol daripada luar kotak penalti untuk meletakkan Perancis dua mata di hadapan, tetapi Seferovic berjaya merapatkan jurang gol tidak lama kemudian.

Perlawanan diheret ke masa tambahan apabila Mario Gavranovic menyumbatkan gol pada minit ke-90.

Perlawanan berakhir 5-4 setelah tendangan penalti pemain penyerang Perancis Kylian Mbappe dihalang oleh penjaga gol Switzerland Yann Sommer.

Inilah kali pertama Switzerland berjaya ke suku akhir sejak melangkah ke tahap itu semasa menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun 1954.

Switzerland akan menentang Sepanyol dalam perlawanan peringkat separuh akhir di St. Petersburg pada Jumaat (2 Jul). 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan