Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Euro 2020: Denmark benam Rusia 4-1, mara ke pusingan selanjutnya

Denmark berjaya mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas menundukkan Rusia 4-1 di Copenhagen pada Isnin (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Euro 2020: Denmark benam Rusia 4-1, mara ke pusingan selanjutnya

Para pemain pasukan Denmark menyambut gol keempat mereka. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 07:46AM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 07:48AM

COPENHAGEN: Denmark berjaya mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas menundukkan Rusia 4-1 di Copenhagen pada Isnin (21 Jun).

Malam yang menakjubkan di stadium Parken itu bermula dengan gol pembukaan hasil jaringan Mikkel Damsgaard pada minit ke-38.

Kemudian, Yussuf Poulsen pula memanfaatkan kesilapan pemain Rusia, Roman Zobnin selang 21 minit kemudian untuk menggandakan catatan gol pihak tuan rumah.

Walaupun Rusia bertindak balas dengan gol hasil penalti tendangan Artem Dzyuba pada minit ke-70, Andreas Christensen melebarkan jurang gol Denmark menjadi 3-1 sebelum Joakim Maehle menjamin kemenangan bergaya pasukan mereka pada minit ke-82.

Perlawanan berakhir dengan Denmark menundukkan Rusia 4-1.

Mujur, keputusan perlawanan lain dalam Kumpulan B memihak kepada pasukan pimpinan Kasper Hjulmand itu.

Dengan kemenangan 2-0 Belgium ke atas Finland di St Petersburg, Denmark berjaya melangkah ke pusingan selanjutnya menentang Wales.

Belgium muncul di kedudukan pertama Kumpulan B dengan sembilan mata manakala Denmark, Finland dan Rusia masing-masing mengumpul tiga mata. Namun, Denmark mendahului dua pasukan itu disebabkan perbezaan gol.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan