Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL: Spurs terkulai 2-0; Man Utd pula dimalukan Watford

Chelsea kembali menunjukkan prestasi yang cemerlang pada Ahad (22 Dis) selepas mengalahkan Tottenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana England, sementara Manchester United pada hari yang sama mengalami kekalahan yang memalukan 2-0 di tangan pasukan paling corot dalam carta EPL, Watford.

Anggaran Waktu Membaca:
EPL: Spurs terkulai 2-0; Man Utd pula dimalukan Watford

Pemain Chelsea, Willian, menjaringkan gol kedua ke atas Spurs pada 22 Dis (Gambar: Reuters/Eddie Keogh)

Diterbitkan : 23 Dec 2019 09:07AM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 09:15AM

LONDON: Chelsea kembali menunjukkan prestasi yang cemerlang pada Ahad (22 Dis) selepas mengalahkan Tottenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL), dengan Frank Lampard mengatasi bekas mentornya Jose Mourinho.

Pemain sayap Brazil, Willian menjaringkan kedua-dua gol Chelsea dalam separuh pertama perlawanan, sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di tangga keempat liga. Sementara itu kekalahan Spurs pada petang semalam diburukkan lagi dengan kad merah yang dilayangkan pada pemain penyerang Son Heung-Min.

Willian memanfaatkan kelemahan pada benteng pertahanan Spurs untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-12, manakala Spurs yang seolah-olah tidak bermaya gagal menyaingi kelincahan para pemain Spurs.

Sejurus sebelum waktu rehat, Chelsea diberikan tendangan penalti menerusi VAR, yang dimanfaatkan pasukan tersebut untuk melebarkan jurang gol 2-0.

Harapan Tottenham untuk bangkit semula musnah apabila Son dilayangkan kad merah menerusi VAR, setelah menendang Antonio Rudiger.

Kemenangan Chelsea pada Ahad setelah mengalami empat kekalahan dalam lima perlawanan liga sebelum ini meletakkan mereka di tangga keempat, melebarkan jurang kepada empat mata di hadapan Sheffield United yang menduduki tangga kelima. Spurs pula berada enam mata di belakang di tempat ketujuh.

KALAH DI TANGAN PASUKAN LEMAH

Sementara itu, Manchester United mengalami kekalahan yang memalukan 2-0 di tangan pasukan paling corot dalam Liga Perdana England, Watford, menyusuli kesilapan penjaga gawang David de Gea yang membantutkan kebangkitan pasukan tersebut.

Malah kehadiran Paul Pogba sebagai pemain gantian pada separuh kedua perlawanan juga tidak dapat menyelamatkan United, dengan pasukan itu terkial-kial mengawal rentak permainan pasukan yang dianggap paling lemah dalam liga musim ini.

Detik penentuan perlawanan berlaku pada minit ke-50 apabila De Gea gagal menyelamatkan tendangan lemah oleh Ismaila Sarr yang gagal diselamatkannya lalu membolosi gawang.

Empat minit kemudian Watford menggandakan jaringan gol hasil tendangan penalti Troy Deeney setelah Sarr dikasari oleh Aaron Wan-Bissaka.

Pengurus United Ole Gunnar Solskjær cuba menyelamatkan perlawanan dengan menurunkan Mason Greenwood, Pogba dan Juan mata, namun gagal membuahkan hasil.

Penjaga gawang Watford, Ben Foster berjaya menyelamatkan percubaan Pogba dan Marcus Rashford pada minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus menjamin kemenangan pertama Watford di padang sendiri musim ini. Kemenangan itu melonjakkan Watford ke tangga ke-19 bersama Norwich City dengan pungutan 12 mata.

United pula menduduki tangga kelapan dengan 25 mata setelah mengalami kekalahan pertama itu dalam tujuh perlawanan liga.

Sumber : Reuters/AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan