Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL: Liverpool tundukkan Newcastle 3-1; kekalkan permulaan sempurna

Liverpool bangkit dan meraih kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United hasil gol berkembar Sadio Mane pada separuh pertama perlawanan dan satu lagi gol lewat oleh Mo Salah pada Sabtu (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
EPL: Liverpool tundukkan Newcastle 3-1; kekalkan permulaan sempurna

Sadio Mane menjaringkan gol pada perlawanan EPL di mana Liverpool kalahkan Newcastle 3-1 pada Sep 2019 (Gambar: Reuters/Phil Noble)

Diterbitkan : 14 Sep 2019 10:39PM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 10:43PM

LIVERPOOL: Liverpool bangkit dan meraih kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United hasil gol berkembar Sadio Mane pada separuh pertama perlawanan dan satu lagi gol lewat oleh Mo Salah pada Sabtu (14 Sep).

Kemenangan di padang sendiri itu bermakna Liverpool berjaya mempertahankan rekod 100 peratus bagi permulaan musim ini dan mencatat 14 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan Liga Perdana England.

Pada awalnya para penonton di Anfield tergamam apabila sepakan Jetro Willems menghasilkan gol bagi Newcastle pada minit ketujuh perlawanan.

Keresahan dapat dirasakan di kalangan penyokong apabila Liverpool kerap mensia-siakan penguasaan bola. Namun pasukan yang mendahului liga itu akhirnya berjaya membolosi benteng pertahanan lawan, dengan Mane memanfaatkan hantaran Andrew Robertson untuk menjaringkan gol pada minit ke-28.

12 minit kemudian Mane sekali lagi menjaringkan gol buat tuan rumah.

Gol kedua Mane itu bererti Liverpool sudah berjaya menjaringkan dua atau lebih gol dalam 14 perlawanan liga berturut-turut - menandingi rekod EPL yang dicatat Manchester City pada 2011.

Pemain hadapan Salah meluaskan jurang gol pada separuh kedua perlawanan.

Dengan kemenangan kelima berturut-turut dalam musim ini, Liverpool kini mendahului Manchester City dengan lima mata dalam carta liga.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan