Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL: Leicester belasah Newcastle 5-0 untuk rebut tempat ketiga

Leicester City menduduki tempat ketiga dalam carta Liga Perdana England (EPL) setelah berpesta 5-0, membelasah Newcastle United yang kehilangan satu pemain pada Ahad (29 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
EPL: Leicester belasah Newcastle 5-0 untuk rebut tempat ketiga

Penyerang Leicester City, Jamie Vardy, menjaringkan gol ke atas Newcastle pada Ahad (29 Sep) (Gambar: Lindsey Parnaby/AFP)

Diterbitkan : 30 Sep 2019 08:12AM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 08:15AM

LEICESTER: Leicester City menduduki tempat ketiga dalam carta Liga Perdana England (EPL) setelah berpesta 5-0, membelasah Newcastle United yang kehilangan satu pemain pada Ahad (29 Sep).

Anak didik Brendan Rodgers mengekalkan permulaan baik musim ini dan mencatat kemenangan keempat mereka dalam lima perlawanan liga.Ricardo Pereira menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-16.

Nasib tidak menyebelahi pasukan pimpinan Steve Bruce apabila Isaac Hayden dilayangkan kad merah pada minit ke-43.

Jamie Vardy menggandakan jurang gol bagi Leicester pada minit ke-54 dengan menyempurnakan hantaran Harvey Barnes dari sudut yang sukar.

Benteng pertahanan Newcastle bertambah rapuh apabila Paul Dummett menjaringkan gol sendiri semasa cuba menyekat rembatan Dennis Praet.

Dengan Newcastle dalam keadaan kucar-kacir, Vardy menanduk masuk hantaran Marc Albrighton, menjaringkan gol keduanya pada minit ke-64.

Tanpa sebarang belas ihsan, Wilfred Ndidi menyempurnakan kemenangan Leicester dengan menjaringkan gol kelima pada minit ke-90.

Pelantikan Rodgers sebagai jurulatih Leicester jelas satu keputusan yang bijak sedang pasukan itu kelihatan berpeluang menamatkan musim pada empat kedudukan teratas, lebih-lebih lagi setelah pasukan-pasukan seperti Manchester United, Arsenal, Tottenham dan Chelsea gagal mempamerkan prestasi yang konsisten.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan