Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL guna Teknologi VAR musim depan

Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bakal digunakan bagi perlawanan-perlawanan Liga Perdana England (EPL) mulai musim depan. Ini selepas kelab-kelab “pada prinsipnya bersetuju” dengan langkah tersebut semalam (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
EPL guna Teknologi VAR musim depan

Gambar: Josep Lago/AFP

Diterbitkan : 16 Nov 2018 08:12AM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 08:14AM

LONDON: Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bakal digunakan bagi perlawanan-perlawanan Liga Perdana England (EPL) mulai musim depan. Ini selepas kelab-kelab “pada prinsipnya bersetuju” dengan langkah tersebut semalam (15 Nov).

VAR digunakan di Piala Dunia 2018 di Rusia di mana 335 insiden dinilai oleh VAR dan ia sudahpun digunakan di sesetengah liga Eropah.

Satu permohonan rasmi akan dibuat oleh pihak Liga Perdana England untuk dikemukakan kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa dan FIFA.

April lalu, kelab-kelab Liga Perdana England mengundi menentang penggunaan VAR bagi musim 2018-19.

Namun, gesaan daripada para pengurus dan pemain untuk memperkenalkan VAR semakin lantang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan