Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

England mampu benam Jerman andai kelincahan Kroos disekat, kata Jordan Henderson

Pemain midfield England Jordan Henderson yakin pasukannya boleh menumbangkan Jerman andai mereka dapat menjauhkan bola daripada Toni Kroos sekerap mungkin.

Anggaran Waktu Membaca:
England mampu benam Jerman andai kelincahan Kroos disekat, kata Jordan Henderson

Para penyokong pasukan Jerman. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Jun 2021 02:30PM Dikemas Kini : 25 Jun 2021 02:35PM

LONDON: Pemain midfield England Jordan Henderson yakin pasukannya boleh menumbangkan Jerman andai mereka dapat menjauhkan bola daripada Toni Kroos sekerap mungkin.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu menjuarai peringkat kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, sekali gus menjamin tempat dalam pusingan kalah mati di Stadium Wembley, Rabu depan (30 Jun).

England akan menentang Jerman buat kali ketiga dalam Kejohanan Eropah dan yang pertama di peringkat kalah mati sejak The Three Lions terkandas dalam peringkat separuh akhir edisi Euro 1996 melalui penentuan penalti yang gagal disempurnakan Southgate.

Pasukan Jerman pimpinan Joachim Low pula berjaya melayakkan diri selepas menempuhi cabaran sengit Kumpulan F dan muncul di tempat kedua di belakang Perancis dan di depan Portugal.

Walaupun laluan England agak tenang - dua kemenangan 1-0 dan seri tanpa gol dengan Scotland - Jerman mengungguli pertemuan getir dengan Portugal sebelum bergelut ketika seri 2-2 dengan Hungary selepas membuka kempen dengan kekalahan 0-1 di tangan Perancis.

Di sebalik prestasi terumbang-ambing itu, Kroos dilihat mampu memacu juara dunia 2014 itu.

Tiada pemain yang berupaya menyempurnakan lebih banyak hantaran dalam pusingan ini berbanding pemain Real Madrid (280) tersebut - 217 hantaran berlaku di kawasan lawan.

"Mereka adalah pasukan handalan. Mereka mempunyai pemain bertaraf dunia di setiap posisi, jadi perlawanan seperti ini akan sentiasa sukar," kata Henderson.

"Sangat penting untuk tidak melepaskan bola terutama ketika menentang Jerman yang merupakan pasukan hebat selain memiliki pemain teknikal yang sangat baik untuk menguasai permainan.

"Kami perlu terus bertahan dengan baik kerana mereka mempunyai tunggak seperti Kroos yang boleh menghukum anda.

"Dia pemain bertaraf dunia yang mampu menyakiti anda jika mendapat masa dan ruang, jadi kami perlu pastikan dia tidak menyimpan bola, kami perlu benar-benar mantap," tambah beliau.

"Selagi kami dapat masuk ke kawasan mereka dan tidak membiarkan mereka beraksi seperti biasa, saya rasa kami akan mengharungi malam yang benar-benar baik." 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan