Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Emery didenda gara-gara tendang botol air ke arah penonton

Pengurus Arsenal Unai Emery didenda £8,000 (S$14,000) kerana menendang botol air ke arah orang ramai yang terkena seorang peminat Brighton semasa perlawanan pada 27 Dis.

Anggaran Waktu Membaca:
Emery didenda gara-gara tendang botol air ke arah penonton

Pengurus Arsenal Unai Emery didenda gara-gara tendang botol air ke arah penonton. (Gambar: Ian Kington/AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2019 10:34AM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 10:37AM

LONDON: Pengurus Arsenal Unai Emery didenda £8,000 (S$14,000) kerana menendang botol air ke arah orang ramai yang terkena seorang peminat Brighton semasa perlawanan pada 27 Dis.

Umai Emery semalam (31 Dis) mengaku bersalah di atas dakwaan Persatuan Bola Sepak.

"Unai Emery didenda £8,000 selepas mengaku berkelakuan tidak wajar," umum badan pentadbiran bola sepak England dalam kenyataan medianya.

Persatuan Bola Sepak mengumumkan pada 27 Dis bahawa rakyat Sepanyol itu didakwa atas insiden yang berlaku semasa perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri - meskipun Emery sendiri pada awalnya berharap dia tidak akan dihukum kerana sudah meminta maaf kepada penyokong Brighton.

"Saya berharap begitu," kata bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG) apabila ditanya sama ada permohonan maafnya sepatutnya sudah meleraikan isu itu.

"Namun, saya perlu menghormati keputusan itu akibat tindakan saya sendiri walaupun saya tidak mempunyai sebarang niat lain terhadap penyokong tersebut. Saya memohon maaf."

Emery bagaimanapun tidak dikenakan larangan berada di stadium semasa perlawanan dan bebas memimpin pasukannya apabila Fulham bertandang ke Stadium Emirates pada hari ini (1 Jan). 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan