Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Eliud Kipchoge, Dalilah Muhammad ditabalkan atlit terbaik dunia

Jaguh maraton dari Kenya dan bintang lompat pagar Amerika Syarikat masing-masing dipilih sebagai atlit-atlit lelaki dan wanita terbaik tahun ini. Pengumuman itu dibuat dalam majlis tahunan penyampaian anugerah pada Sabtu (23 Nov) anjuran badan atletik dunia di Monaco.

Anggaran Waktu Membaca:
Eliud Kipchoge, Dalilah Muhammad ditabalkan atlit terbaik dunia

Dalilah Muhammad (kiri) terima anugerah Atlit Wanita Terbaik 2019 di Monaco pada 23 Nov 2019 (Gambar: Valery Hache/AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2019 07:58PM Dikemas Kini : 24 Nov 2019 08:03PM

MONACO: Jaguh maraton dari Kenya dan bintang lompat pagar Amerika Syarikat masing-masing dipilih sebagai atlit-atlit lelaki dan wanita terbaik tahun ini.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis tahunan penyampaian anugerah pada Sabtu (23 Nov) anjuran badan atletik dunia di Monaco.

Eliud Kipchoge ditabalkan sebagai Atlit Lelaki Terbaik kerana menjadi orang pertama berjaya menamatkan larian maraton dalam masa kurang dua jam.

Beliau menamatkan perlumbaan Maraton Vienna pada bulan lalu dengan catatan masa 1 jam, 59 minit dan 40 saat.

Gelaran Atlit Wanita Terbaik tahun ini pula disandang pelari 400 meter lompat pagar dari Amerika, Dalilah Muhammad.

Dalilah berjaya memecahkan rekod dunianya sendiri semasa kejohanan dunia di Doha, dengan mencatatkan masa 52.16 saat.

Pada bulan Julai lalu, Dalilah memecahkan rekod dunia yang bertahan sejak tahun 2003. 

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan