Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Dunia Sudah Kiamat' antara ungkapan kekalahan mengejut All Blacks di tangan England

Kekalahan All Blacks semasa perlawanan separuh akhir Piala Dunia ragbi mengejutkan New Zealand pada Sabtu (26 Okt) setelah kekalahan di tangan pasukan England menghancurkan angan-angan menjulang piala buat tiga kali berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
'Dunia Sudah Kiamat' antara ungkapan kekalahan mengejut All Blacks di tangan England

Kapten pasukan All Blacks, Kieran Read (Gambar: AFP/Odd Andersen)

Diterbitkan : 26 Oct 2019 11:30PM Dikemas Kini : 26 Oct 2019 11:33PM

WELLINGTON: Kekalahan All Blacks semasa perlawanan separuh akhir Piala Dunia ragbi mengejutkan New Zealand pada Sabtu (26 Okt) setelah kekalahan di tangan pasukan England menghancurkan angan-angan menjulang piala buat tiga kali berturut-turut.

"Dunia sudah kiamat! All Blacks tersentap oleh kehebatan England," tulis New Zealand Herald.

Kemenangan England 19-7 di Yokohama mematahkan rekod 18 perlawanan Piala Dunia tanpa kalah All Blacks, yang menguasai sukan itu sejak mengalahkan Tonga pada permulaan 2011.

Agensi judi merata New Zealand meletakkan All Blacks sebagai pasukan pilihan untuk mengalahkan England dan memenangi Piala Dunia di Jepun.

Syarikat penyelidikan Gemba Insights membayangkan kesihatan mental negara itu mungkin terjejas akibat kekalahan All Blacks setelah mencatar "keresahan yang meningkat secara ketara" sedang pasukan itu mara ke pusingan kalah mati.

Berdepan dengan pasukan England yang bersemangat dan lebih handal, New Zealand gagal menampakkan taring.

Bekas pemain All Blacks Stephen Donald, yang kini bertugas sebagai pengulas sukan, sudah melihat tanda-tanda kekalahan pasukan itu apabila England mendahului perlawanan 10-0 pada lima minit selepas permulaan separuh kedua.

Namun kebanyakan media di New Zealand akur bahawa kehebatan pasukan England terserlah.

Penulis ruangan Herald, Gregor Paul, mengiktiraf England kerana merendahkan "pasukan penyerang terbaik dunia menjadi sebuah gabungan tidak menentu yang dipenuhi idea tidak bernas".

Wartawan sukan ragbi Marc Hinton bagi laman Stuff.co.nz menulis: "Warga New Zealand perlu mengaku. The Poms (England) sangat hebat."

Radio New Zealand turut mengisytiharkan impian All Blacks untuk mencapai kejuaraan buat kali ketiga sebagai "dihancurkan oleh pasukan England yang lebih hebat".

Television New Zealand akur akan "tekanan tidak terhenti dan rentak mantap" oleh England, manakala laman Newshub oleh Television Three menyatakan All Blacks "digemparkan serangan pembukaan" dan gagal pulih dalam perlawanan. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan