Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Dron ganggu perlawanan Liga Europa di Luxembourg

Kehadiran sebuah dron memaksa perlawanan Kumpulan A Liga Europa F91 Dudelange di padang sendiri menentang FK Qarabag dihentikan buat sementara pada separuh masa kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Dron ganggu perlawanan Liga Europa di Luxembourg

Gambar fail dron. (Gambar: Tobias Schwarz/AFP)

Diterbitkan : 04 Oct 2019 10:49AM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 10:57AM

DUDELANGE, LUXEMBOOURG: Kehadiran sebuah dron memaksa perlawanan Kumpulan A Liga Europa F91 Dudelange di padang sendiri menentang FK Qarabag dihentikan buat sementara pada separuh masa kedua.

Insiden itu berlaku ketika pasukan Qarabag dari Azerbaijan sedang mendahului perlawanan 2-0 apabila sebuah dron yang membawa bendera dilihat berlegar di Stadium Josy Barthel.

Ia menyebabkan para pegawai terpaksa menghentikan permainan untuk sekitar 15 minit.

Menurut laporan, ia adalah bendera Republik Artsakh - dianggap penduduknya sebagai wilayah bebas, dengan majoriti adalah etnik Armenia dan diiktiraf masyarakat antarbangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.

Armenia dan Azerbaijan telah lama terlibat dalam konflik berhubung wilayah tersebut.

Dalam kejadian yang jarang disaksikan, para pemain Qarabag cuba menjatuhkan dron yang menceroboh kawasan itu dengan menendang bola ke arahnya.

Sejurus selepas perlawanan disambung semula, Qarabag meluaskan jurang gol dari kotak penalti dan muncul juara dengan keputusan 4-1.  

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan