Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Dortmund sia-siakan 3 gol; perlawanan lawan Hoffenheim berkesudahan seri

Pendahulu liga Borussia Dortmund terlepas peluang meraih kemenangan apabila kedudukan 3-0 berubah menjadi 3-3 dengan Hoffenheim.

Anggaran Waktu Membaca:
Dortmund sia-siakan 3 gol; perlawanan lawan Hoffenheim berkesudahan seri

Pendahulu liga Borussia Dortmund terlepas peluang meraih kemenangan dalam perlawanan. (Gambar: Leon Kuegeler/Reuters)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 04:46PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 04:54PM

BERLIN: Pendahulu liga Borussia Dortmund terlepas peluang meraih kemenangan apabila kedudukan 3-0 berubah menjadi 3-3 dengan Hoffenheim.

Dortmund membuka tirai dengan jaringan pada minit ke-32 menerusi Jadon Sancho. 11 minit kemudian, Mario Gotze menambah jaringan kepada 2-0. Selepas masa rehat, Raphael Guerreiro meletakkan Dortmund dalam kedudukan selesa 3-0.

Namun, sembilan minit kemudian, Ishak Belfodil berjaya merapatkan jurang gol kepada 1-3. Kurang 15 minit sebelum wisel penamat, Pavel Kaderabek menghasilkan gol kedua Hoffenheim.

Keputusan seri kini mengurangkan jurang mata antara Dortmund dengan Bayern Munich kepada hanya lima mata.

BAYERN MUNICH 3-1 SCHALKE

Bayern Munich pula meraih tiga mata penuh selepas berjaya menumpaskan Schalke.

Gol pertama Bayern adalah jaringan gol sendiri oleh Jeffrey Bruma pada minit ke-11. 14 minit selepas itu, Schalke bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi Ahmed Kutucu.

Robert Lewandowski kemudian meletakkan Bayern di hadapan 2-1 dan Bayern meraih gol kemenangan 3-1 pada minit ke-57.

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan