Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Djokovic mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia

Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic berjaya mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas mencatatkan kemenangan mudah ke atas bintang Kanada, Milos Raonic 6-4, 6-4 dan 7-6 dalam pertarungan pada Selasa (28 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Djokovic mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2020 02:55PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 02:58PM

MELBOURNE: Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic berjaya mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas mencatatkan kemenangan mudah ke atas bintang Kanada, Milos Raonic 6-4, 6-4 dan 7-6 dalam pertarungan pada Selasa (28 Jan).

Dengan kemenangan itu, ia sekali gus menempah Djokovic pertemuan dengan jaguh Switzerland, Roger Federer yang mara lebih awal.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang Rod Laver Arena itu menyaksikan Djokovic berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya selaku pemain nombor dua dunia.

Kemaraan Djokovic, 32, yang sudah merangkul 16 trofi Grand Slam bakal menyaksikan perlawanan buat kali ke-50 dengan Federer, 39.

Menerusi 49 rekod pertemuan sebelum ini, Djokovic berjaya mencatatkan 26 kemenangan berbanding 23 oleh Federer.

Kali terakhir dua jaguh dunia itu bertemu adalah pada perlawanan akhir Wimbledon 2019 di mana Djokovic menumpaskan Federer untuk merangkul kejuaraan Grand Slamnya yang ke-21.

Sejauh ini, Djokovic berjaya memperolehi tujuh kemenangan di Kejohanan Terbuka Australia berbanding enam oleh Federer.

Kali terakhir Djokovic meraih gelaran itu adalah pada tahun lalu menerusi pertarungan menentang Rafael Nadal dengan kemenangan mudah 6-3, 6-2 dan 6-3.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan