Djokovic juara ATP Terbuka Australia
Novak Djokovic dari Serbia mengalahkan Rafael Nadal untuk menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat kali ketujuh. Kemenangan itu juga merupakan kejuaraan Grand Slam ketiga berturut-turut Djokovic.
MELBOURNE: Novak Djokovic dari Serbia mengalahkan Rafael Nadal untuk menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat kali ketujuh. Kemenangan itu juga merupakan kejuaraan Grand Slam ketiga berturut-turut Djokovic.
Djokovic mengalahkan Nadal dengan keputusan 6-3, 6-2 dan 6-3. Perlawanan itu mengambil masa lebih dua jam.
"Ia salah satu perlawanan terbaik, atau mungkin yang terbaik pernah saya sertai dalam pusingan akhir Grand Slam," kata pemain dunia terbaik dari Serbia itu.
Dengan kemangan itu, Djokovic sudah menjuarai Kejohanan Grand Slam sebanyak 15 kali secara keseluruhan. Meskipun tewas, Nadal akui prestasi hebat Djokovic dalam perlawanan tersebut.
Sebelum ini, Nadal berehat selama empat bulan selepas mengalami kecederaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.