Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

David Silva 'hilang' daripada 4 perlawanan kerana bayinya lahir "sangat tidak cukup bulan"

Pemain Manchester City, David Silva, menjelaskan bahawa beliau tidak dapat bermain dalam empat perlawanan baru-baru ini kerana bayi lelakinya dilahirkan tidak cukup bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
David Silva 'hilang' daripada 4 perlawanan kerana bayinya lahir "sangat tidak cukup bulan"

(Gambar fail: Oli Scarff/ AFP).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 11:16PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 11:19PM

LONDON: Pemain Manchester City, David Silva, menjelaskan bahawa beliau tidak dapat bermain dalam empat perlawanan baru-baru ini kerana bayi lelakinya dilahirkan tidak cukup bulan.

Malah bayinya itu kini berjuang untuk hidup, dedah Silva, yang juga merupakan pemain antarabangsa Sepanyol.

Silva kembali menyertai kesebelasan Manchester City semalam dan membantu pasukannya membenam Watford 3-1, untuk terus mengekalkan kedudukan City selaku pasukan tangga teratas Liga Perdana.

Dalam catatan Twitter, Silva menyatakan: "Saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang kelahiran anak lelaki saya Mateo, yang dilahirkan sangat tidak cukup bulan dan bertarung hari demi hari untuk hidup dengan bantuan pasukan perubatan."

Dalam laporan laman Mirror, pengurus Man City, Pep Guardiola melahirkan rasa gembira dengan prestasi Silva semasa pertarungan menentang Watford.

Namun beliau memberi amaran bahawa Silva mungkin 'hilang' lagi dalam minggu-minggu mendatang.

"Kami sangat gembira David kini kembali, (tapi) kami tidak tahu untuk berapa lama ... Beliau perlu (buat kami), beliau membuktikan betapa penting beliau kepada kami," kata Guardiola dalam laporan tersebut.

Sumber : AFP/Agensi berita/DY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan