Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

David Beckham kongsi kepakaran di Bangkok

Bekas bintang bola sepak Manchester United dan Real Madrid David Beckham, membuat penampilan di Bangkok semalam (3 Nov), untuk berkongsi kepakaran dan bertemu dengan sekitar 100 orang pemain bola sepak muda Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2018 07:03PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 11:11PM

BANGKOK: Bekas bintang bola sepak Manchester United dan Real Madrid David Beckham, membuat penampilan di Bangkok semalam (3 Nov), untuk berkongsi kepakaran dan bertemu dengan sekitar 100 orang pemain bola sepak muda Thailand.

Kehadiran Beckham di Bangkok itu adalah sebahagian daripada program "Klinik Bola Sepak Belia Bersama Jurulatih Ternama" tajaan syarikat insuran AIA.

Program itu juga turut menampilkan jurulatih dari pasukan Liga Perdana England, Tottenham Hotspur dan pemain bola sepak muda serta para selebriti Thailand.

Semasa sesi berkongsi pengalaman itu, Beckham antara lain memberi panduan tentang mengimbangi pekerjaan dengan kesihatan. Menurutnya ahli sukan sekarang lebih terdedah kepada kemudahan dan peluang untuk menjaga kesihatan berbanding generasi sebelumnya.   

Sumber : Agensi berita/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan