Images
  • dalilah
    Juara Olimpik Dalilah Muhammad dari Amerika Syarikat. (Gambar: AFP/Filippo MONTEFORTE)

Dalilah Muhammad cipta rekod baru 400m lari berpagar

DES MOINES, Amerika Syarikat: Juara Olimpik, Dalilah Muhammad mencatat rekod dunia baru acara 400 meter lari berpagar dengan catatan 52.20 saat dalam Kejohanan Padang dan Balapan Amerika Syarikat di Stadium Drakes, pagi tadi.

Dalilah, 29, yang meraih emas di Olimpik Rio de Janeiro, mengatasi rekod 52.34 saat berusia 16 tahun milik atlet Russia, Yuliya Pechonkina yang dicatatkan pada 2003.

Meskipun keaadan balapan lecak akibat hujan, Dalilah dari awal berjaya meninggalkan pencabar lain dan tiba di garisan penamat mengatasi pemenang tempat kedua, Sydney McLaughlin.

McLaughlin yang menewaskan Dalilah di Liga Berlian Oslo musim ini mencatat 52.88 saat manakala Ashley Spencer di tempat ketiga dengan catatan masa 53.11 saat.

- AFP/EM/ru

Top