Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Croatia tendang Iceland keluar daripada Piala Dunia selepas menang 2-1

Croatia menanti hingga ke minit-minit terakhir perlawanan sebelum mengecap kemenangan 2-1 ke atas Iceland, sekali gus mendahului Kumpulan D.

Anggaran Waktu Membaca:
Croatia tendang Iceland keluar daripada Piala Dunia selepas menang 2-1

Luka Modric (kanan) dan lawannya, Johann Gudmundsson dari pasukan Iceland semasa perlawanan Kumpulan D Piala Dunia. (Gambar: Vadim Ghirda/ AP)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 05:33PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 05:37PM

ROSTOV-ON-DON: Croatia menanti hingga ke minit-minit terakhir perlawanan sebelum mengecap kemenangan 2-1 ke atas Iceland, sekali gus mendahului Kumpulan D.

Selepas babak pertarungan separuh masa pertama berjalan tanpa gol, Milan Badelj memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama Croatia pada minit ke-53. Namun, Iceland membendung serangan-serangan pasukan Croatia dan melakukan serangan balas.

Hasilnya, ia diberikan tendangan penalti yang disempurnakan Gylfi Sigurdsson pada minit ke-76.

Perlawanan kelihatan dan hampir-hampir berakhir dengan keputusan seri. Bagaimanapun tepat pada minit ke- 90, Ivan Perisic merembat masuk gol kemenangan Croatia, selepas beliau menerima hantaran dari Badelj.

Sebelum perlawan ini, Croatia sudahpun sah mara ke pusingan kalah mati. Ia menamatkan pusingan perlawanan kumpulan D dengan muncul selaku juara selepas mengutip 9 mata.

Croatia akan bertemu Denmark dalam pusingan kalah mati pada 1 Julai nanti. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan