Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Croatia belasah Argentina 3-0, Argentina di ambang penyingkiran

Nasib Argentina untuk kekal dalam kejohanan bergantung kepada perlawanan terakhir bagi kumpulan D selepas pasukan itu tumpas 0-3 di tangan pasukan Croatia.

Anggaran Waktu Membaca:
Croatia belasah Argentina 3-0, Argentina di ambang penyingkiran

Luka Modric (kanan) meraikan kemenangan pasukannya dalam perlawanan kumpulan D Piala Dunia. (Gambar: Ricardo Mazalan/ AP)

Diterbitkan : 22 Jun 2018 08:16AM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 08:20AM

NIZHNY NOVGOROD: Nasib Argentina untuk kekal dalam kejohanan bergantung kepada perlawanan terakhir bagi kumpulan D selepas pasukan itu tumpas 0-3 di tangan pasukan Croatia.

Kemenangan Croatia pula melayakkannya mara ke pusingan kalah mati.

Pada minit ke-33 perlawanan tersebut, Mario Mandzukic berjaya melepasi perangkap 'offside' Argentina namun tandukan Sime Vrsaljko sedikit tersasar.

Croatia akhirnya memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-53 menerusi jaringan Ante Rebic, yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Argentina, Wilfredo Caballero.

Barisan pertahanan Croatia yang mantap menyaksikan Argentina jarang menggugat gawang yang dikawal Danijel Subasic.

Pada minit ke-64, cubaan berganda di hadapan gawang gagal menewaskan Subasic, termasuk sepakan Messi yang berjaya dikeluarkan penjaga gol Monaco itu.

Argentina sekali lagi dihukum akibat aksi pertahanan yang longgar 10 minit sebelum permainan tamat, apabila Luka Modric diberi ruang untuk merembat masuk bola ke penjuru gawang dari jarak jauh. Croatia mendahului 2-0.

Tekanan semakin memuncak bagi Argentina untuk merapatkan kedudukan 5 minit sebelum perlawanan tamat, apabila Nicolas Otamendi dilihat sengaja menyepak bola ke arah muka Ivan Rakitic yang terjatuh akibat dikasari Javier Mascherano.

Rakitic hampir meledak gol ketiga Croatia hasil sepakan percuma, namun sepakan pemain Barcelona itu terkena tiang.

Bagaimanapun, usaha Rakitic untuk mendapat gol dalam pentas Piala Dunia akhirnya membuahkan hasil dalam masa kecederaan.

Rembatan Rakitic yang diselamatkan Caballero sekadar singgah kepada pemain gantian, Mateo Kovacic yang mengembalikan semula bola kepadanya untuk pemain Barcelona itu menolak masuk gol ketiga Croatia.

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan