Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cristiano Ronaldo tidak akan hadapi dakwaan rogol

Bintang bola sepak dari Portugal Cristiano Ronaldo tidak akan menghadapi tuduhan di Las Vegas berhubung dakwaan serangan seksual 10 tahun lalu kerana kes tersebut tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah, kata pihak pendakwa pada Isnin (22 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo tidak akan hadapi dakwaan rogol

Cristiano Ronaldo dalam satu perlawanan menentang Man U (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Jul 2019 09:08AM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 09:10AM

LAS VEGAS: Bintang bola sepak dari Portugal Cristiano Ronaldo tidak akan menghadapi tuduhan di Las Vegas berhubung dakwaan serangan seksual 10 tahun lalu kerana kes tersebut tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah, kata pihak pendakwa pada Isnin (22 Jul).

Ronaldo, salah seorang pemain bola sepak paling hebat sepanjang masa dan kini bermain untuk kelab Itali, Juventus, tetap menafikan beliau melakukan kesalahan rogol tersebut.

Dakwaan itu timbul tahun lalu setelah polis Las Vegas menyatakan pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.

Kes itu bermula daripada panggilan seorang wanita kepada polis Las Vegas pada 13 Jun 2009. Wanita itu melaporkan dia diserang secara seksual dan polis membawanya ke hospital untuk pemeriksaan, menurut Pejabat Peguam Daerah Clark County dalam satu kenyataan pada Isnin.

Namun, wanita itu enggan mendedahkan siapa yang menyerangnya.

Wanita berkenaan dan Ronaldo mencapai penyelesaian sivil pada 2010 dan pihak berkuasa hanya menerima panggilan seterusnya daripada wanita itu pada tanggal 28 Ogos 2018 apabila beliau meminta polis untuk membuka semula siasatan. Wanita itu menuduh Ronaldo ialah individu yang menyerangnya, kata para pendakwa.

“Berdasarkan penilaian terhadap maklumat yang ada ketika ini, dakwaan serangan seksual terhadap Cristiano Ronaldo tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah,” menurut kenyataan Pejabat Peguam Daerah.

Peguam Ronaldo, Peter Christiansen, dan seorang wakil bagi ejen sukannya tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan