Images
  • Ronaldo
    (Gambar: AFP)

Cristiano Ronaldo jaringkan gol ke-700 dalam kerjaya pada perlawanan menentang Ukraine

UKRAINE: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-700 dalam kerjayanya semasa perlawanan kelayakan Euro 2020 antara Portugal dengan Ukraine pada Isnin (14 Okt).

Namun, jaringan padu Ronaldo tidak berdaya menewaskan pasukan Ukraine yang menang perlawanan itu 2-1 pada Isnin (14 Okt).

Kemenangan itu melayakkan Ukraine ke Euro 2020, kemenangan keenam dari tujuh perlawanan dalam Kumpulan B sedang Portugal kekal di tempat kedua.

Ronaldo menjaringkan gol bersejarah itu untuk kelab dan negaranya dan berhasil menjaringkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-72 ketika juara Eropah bertahan itu sudahpun ketinggalan dua gol.

Gol itu adalah ke-7 dijaringkan dalam enam perlawanan kelayakan bagi Ronaldo dan ke-95 keseluruhan bersama pasukan Portugal.

Ronaldo telah menjaringkan 450 gol bagi Real Madrid, 118 gol bagi Manchester United, 32 gol bagi Juventus dan lima gol bagi Sporting.

Ukraine mendahului perlawanan menerusi gol pertama yang dijaringkan Roman Yaremchuk kurang 10 minit selepas perlawanan bermula.

Gol kedua dijaringkan Andriy Yarmolenko kira-kira pada minit ke-30 perlawanan.

Ukraine menyertai Rusia, Belgium dan Itali untuk layak ke peringkat akhir Euro 2020 bermula pada 12 Jun tahun depan. 

- APTN/HA/ha

Top